Halwa Telinga

Monday 3 June 2013

Permaisuri Pengganti

Impian aku dahulunya tinggi
Membina mahligai abadi
Diatas tapak setia kasih
Bersama insan istimewa di hati
Buat menyelusuri perjalanan hidup
Hingga ke akhir hela nafas.

Namun,
Apabila qudrat tidak lagi disingkapi
Apa guna jasad disisi?
Aku sedar mana letak diri
Dalam tangis aku melangkah pergi
Memberimu ruang dihati
Untuk dihuni permaisuri pengganti.

Aku harap ini semua ilusi
Bukannya realiti
Kerna jika kau tanya hati ini
Jujur, aku tak rela kau pergi!

NW
030613
0510


"Perfect is not when two people are together. It is when you are both opposite but in that way, you complete each other."

"If someone doesn't appreciate your presence make them appreciate your absence."

"Respect people who find time for you in their busy schedule but love people who never look at their schedule when you need them."

Susunan cerita yang unik dan menarik meskilah hanya cerita kartun disney, UP.
Setianya seorang Carl Fredicksen walaupun kematian yang menjemput si isteri dahulu tidak mematahkan semangatnya. Namun, tetap terus menggagahkan diri meneruskan impian dan cita-cita bersama.

Terkadang, kalau boleh kita nak sangat memadamkan semua kisah silam yang dulu. Kalau boleh, mahu sangat-sangat kita adalah kita yang zero. Tidak pernah mengenal siapa-siapa. Tiada pernah memiliki kenangan dan memori apa-apa. Yang pahit, tentunya. Semacam mahu padam, biar hilang terhapus terus. Namun, apakan daya. Masa yang cepat berlalu, meninggalkan terus. Namun, hakikatnya tanpa sedar, meninggalkan bekas yang dalam.

Kita tak mampu padam. Takkan mampu, walaupun cuba sejuta kali sekalipun.

"It is hard ignoring the past when it holds the best memories."

"Sometimes the best memories are sad, because we know that it will never happen again."

Yang boleh dibuat, hanyalah pandang ke depan. Harus juga menjenguk ke belakang. Sesekali mengalih ke belakang, bukan untuk memadamkan kisah episod silam. Buang masa saja, kalau terperuk dalam kejahilan yang lalu. Sakit. Ya. Memang sakit.

Harusnya, menjeling sikit ke belakang, hanya untuk melihat sejuah mana telah kita capai dalam hidup. Sejauh mana kita telah berubah. Berfikir, bertindak, belajar, ... dan kesemuanya.

Walaupun setapak.

Susahnya, mahu memujuk hati. Bertindak seoptimis dan sepositif ini. Tapi, kalau tak mencuba, macam mana nak tahu kekuatan sendiri. Kan?

"We will never know how strong we are, until being strong is the only choice that we have."

Saya tak nak cuba sungguh-sungguh untuk padam lagi. Berharap dengan sesungguhnya. Macam Carl yang tidak hanya duduk dalam kesedihan dan kekecewaan. Tidak berpaling ke belakang, merenung hakikat diri yang sedang bersendirian. Tidak kisah dengan pandangan orang lain yang dia sebenarnya sedang bersendiri. Tidak peduli dengan orang lain yang merasakan dia perlu dihantar ke rumah orang tua. Tidak! Sebab dia tahu, dia masih ada impian Ellie yang belum tertunai.

Itu adalah Carl Fredicksen, watak kartun. Impian dia hanyalah Paradise Falls.

Bukankah seorang aku yang bukan watak kartun ini, harusnya memiliki impian yang lebih besar lagi?

"I am a traveler on a journey planned by my Rabb."

Sabarlah wahai hati.
Allah sedang uji.
Doakan aku kuat menempuhi.
InsyaAllah. Aminnn.


"Go to Him broken, He will unbreak you. Go to Him unbroken, He will break you."
Yasmin Mogahed

"When we are not humble, He humbles us. When we are humble, He elevates us."
Yasmin Mogahed

"Apakah hikmah Allah hilangkan orang yang kita sayang?"
"Supaya kita sedar dan tahu tak semua yang kita sayang itu milik kita.
Supaya kita sedar dan tahu untuk bergantung hanya pada Allah.
Supaya kita sedar dan tahu bahawa kasih sayang Allah tak berbelah bahagi kerana Allah Maha Penyayang."
NW

Wallahu a'lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...