Halwa Telinga

Saturday 29 June 2013

For The Win

"Your worst enemy is yourself."








"The heart is the only broken instrument that works."

FTW, prove it!

***

Jika kita katakan kejayaan itu kepada keadaan Nabi Ismail AS yang tidak jadi disembelih oleh ayahnya Nabi Ibrahim AS dengan digantikan dengan seekor kibasy,

Apakah Nabi Zakaria AS yang syahid dan terbelah dua kerana digergaji oleh musuh Allah SWT itu tidak berjaya?

Apakah Sumayyah yang mati ditusuk oleh kafir Quraisy itu tidak berjaya?

Pahrol Mohd Juoi

Wallahu a'lam.

Friday 21 June 2013

Senandung Cinta Al-Fatihah









***

Alhamdulillah. Baru sebentar tadi kita luangkan masa bersama membaca Surah al-Fatihah.

***

Sebelum kita pergi lebih mendalam, jom kita recall balik tatabahasa (Kata Ganti Nama Diri, KGND) semasa belajar di sekolah dahulu untuk lebih kefahaman :

KGND 1 : Saya, Aku, Kami, Kita

KGND 2 : Awak, Engkau, Kamu, Anda, Kalian

KGND 3 : Dia, Ia, Beliau, Nya, Mereka

***

Kenapa saya recall balik tatabahasa masa sekolah dahulu?

Tujuannya adalah untuk dikongsikan bersama berkenaan ayat yang ke-5 dalam surah al-Fatihah, iaitu :

"Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'iin"

"Hanya kepadaMu kami sembah dan hanya kepadaMu kami meminta pertolongan."

***

Kadang-kala, dalam al-Quran, digunakanNya, "Ana - Aku".
Kadang-kala, digunakanNya, "Nahnu - Kami".
Kadang-kala, digunakanNya, "Hua - Dia".

Sebenarnya, "Ana, Nahnu, Hua - Aku, Kami, Dia", yang digunakan dalam al-Quran adalah untuk menunjukkan kekuasaan Allah, keagungan ayat-ayat al-Quran.

Penggunaan setiap perkataan didalamnya ada makna, maksud, dan kegunaan yang tersendiri.

***

Cuba ulang baca ayat yang ke-5 tadi berserta dengan maksudnya sekali.
Dan cuba berfikir, kenapa atau soalan yang lebih tepat ialah apakah hikmahnya digunakan

"Iyyaka... - Hanya kepadaMu (Engkau)"

bukannya

"Iyyahu... - Hanya kepadaNya (Dia)" ?

***

Hikmahnya adalah kerana :

"Iyyaka... - Hanya kepadaMu"
Allah SWT mahu kita rasa dekat denganNya.

Berbeza jikalau Allah SWT gunakan :

"Iyyahu... - Hanya kepadaNya"
Bukankah akan membuatkan kita rasa jauh denganNya?

*Ulang baca ayat tersebut dengan maknanya.*
*InsyaAllah, mudah-mudahan akan dapat pencerahannya.*

***

Jika masih kurang jelas, maka, izinkan saya untuk mengambil contoh mudah yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Lihat, rasa, fikir, dan kemudian cuba kaitkannya dengan ayat tadi (1 : 5).

Cuba kita bezakan ayat di bawah ini :

1) Aku mencintaimu, suami/isteri/sahabat-ku, kerana Allah.
2) Aku mencintai dia, suami/isteri/sahabat-ku, kerana Allah.

Dua ayat yang maksudnya sama, cuma rasa/penjiwaan(aura)nya berbeza.

Bukankah, "kamu" itu lebih dekat daripada "dia"?

***

Begitulah indahnya ayat-ayat cinta yang Allah SWT wahyukan, 

"Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'iin"

"Hanya kepadaMu kami sembah dan hanya kepadaMu kami meminta pertolongan."

Kerana sesungguhnya, penggunaan

"Iyyaka ... - Hanya kepadaMu"

akan membuatkan kita rasa lebih dekat dengan Allah SWT.

Wallahu a'lam.


Aneh, kadang-kala "Kau" gunakan "Aku".
Kadang-kala "Kau" gunakan "Kami".
Aku amat daif, tidak mudah menegerti akan maksudnya.
Namun, kemudiannya aku dikejutkan oleh kilatan ilmu.
Terkesima sebentar, mengapa selama ini aku tegar melupakan.
"Kau"lah "Aku" dan "Kau" jualah "Kami".
Kau, Aku dan Kami dalam Kurniaan Rezeki, Nota Hati Seorang Lelaki; Pahrol Mohd Juoi


Nota Kaki :
Entry ini asalnya ialah perkongsian dari sahabat untuk sahabat-sahabat.
Mudah-mudahan selepas ini kita dapat meningkatkan penjiwaan kita dalam pembacaan Surah Al-Fatihah semasa solat mahupun luar solat agar pembacaan itu datang bersama-sama rohani.

Maaf jika entry kali ini macam huru-hara.
Saya cuba meringkaskan dan menerangkan sebaik yang mungkin.
Sebarang kekurangan datang dari diri saya sendiri dan segala kelebihan datang dari Allah SWT jua.

Harap para pembaca yang lebih arif dan ahlinya dalam bidang ini dapat membetulkan kesalahan yang saya sampaikan dan berkongsi ilmu kerana saya juga masih dalam proses pembelajaran.

Terima kasih.


Wallahu a'lam.

Wassalam,
NW

Thursday 20 June 2013

Siapakah yang Lebih Cinta Pasangannya?

Dua bilah kayu disatukan dengan paku.
Dua ketul bata disatukan dengan simen.
Dua hati disatukan dengan apa?

Jawabnya, dengan Iman.

Dua hati yang beriman akan mudah disatukan.
Jika dua hati mengingati yang Esa, pasti mudah keduanya bersatu.
Begitulah dua hati suami dan isteri akan mudah bersatu bila Iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya?

Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya.

Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa.
Jika sama-sama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta tersebut akan berkekalan.

Pahrol Mohd Juoi


Wallahu a'lam.

Wednesday 19 June 2013

Perjalanan Ini

Dalam mencari redha Allah
Satu carian yang aku tak tahu
Sama ada dipertemukan jalan
Jalan yang tiada pengakhiran
Jalan yang tiada pengawalan
Kerana mulanya tidak diketahui
Pengakhirannya sepi bersendiri.

Kadang rasa diri hilang dari rahmat Tuhan
Tidak dipertemukan jalan
Sukar kembali ke pangkal jalan
Aku mengharap naunganMu Tuhan
Untuk aku terus berjalan
Mancari makna makrifat
Mengenal akan hakikat
Tunduk pada syariat
Tahu pada qudrat
Dan pada nama yang sedia tercipta.

Panduku ya Allah
Agar hatiku terpandu
Agar jiwaku tak buntu
Agar diriku tak kaku
Dan dengan itu
Aku akan mengenaliMu.

MF


Sumber : Perjalanan Ini

Pedoman

Di sini dunia tempat berhabitat
Tempat terbentuk peribadi dan sifat
Di dalam sphera tidak terasa ia berpusing
Hanya merasai musim berganti musim
Hari berganti hari
Adakah kita ambil pusing?

Mendengar kata orang, aku berpusing-pusing
Hilang identiti tak kenal musim
Hidup berpusing-pusing macam gasing
Bila sifat dalam diri tak ambil pusing.

Angguk dengar cakap orang itu lagi penting
Di tolak ke tepi
Nah... ke arah mana?
Lalu aku tunduk sahaja tanpa banyak tanya
Sampai terhantuk dan luka ku biarkan saja.

Sampai bilakah masih mahu terus berpusing
Mengikut arah dan telunjuk orang lain
Membiarkan identiti dijajah oleh orang asing
Mereka ketawa tengok kita berpusing
Kita langsung tak ambil pusing

Ku terhantuk
Hatitku terketuk
Lalu berhenti berpusing
Ini realiti hidup bukannya gasing.

Bentuk sifat pada jati
Bentuk peribadi dengan percaya pada Ilahi
Agar teguh hati dengan jati diri
Baru kita ada sifat yang tersendiri
Baru terasa hidup di sphera ini bererti.

Sphera ini tidak akan selamanya berpusing
Sampai masa ia akan berhenti pusing
Pada masa itu tidak guna lagi nak ambil pusing.

MF


Kata tuan tulis :
Satu adaptasi dari malique
Ku nukil ia hingga bunyinya tertarik
Ku hias bahasanya hingga liriknya jadi cantik
Harap yang membacanya tidak pelik.

Sumber : Pedoman

Sempurna

Jika kau katakan sempurna
Ada pada siapa yang memandang
Bagaimana yang memandang.

Aku mengatakan matanya, hatinya, emosinya
Sudut pandangnya, fikirnya belum
Sempurna untuk menyempurnakan.

Eloklah kau dan aku
Bersama kita katakan
Sempurnakanlah yang Menciptakan
Jujur, nescaya sempurna!

US


Aku Mencari

Aku mencari
Sebab aku berada disini
Aku mencari
Kenapa ku disini
Aku mencari
Apakah yang membawa aku kesini
Aku mencari
Dimanakah pengakhiran aku nanti.

Ku berjalan di sepanjang jalan
Ada yang bersimpang ada yang berhalangan
Aku terus berjalan
Berbekal dengan sekecil pengalaman
Dipandu dengan hikayat pengalaman
Dari orang yang berpengalaman.

Agar aku tidak kesesatan
Agar aku tidak kecewa di pengakhiran
Agar aku tidak kecewa di pertengahan
Agar aku tidak mengecewakan sejuta impian
Agar aku tidak terkecewa dengan kehampaan
Aku mengerti masih jauh perjalanan.

Tiada tuju hanya berbekal peta orang-orang dahulu
Dengan senaskah buku tinggalan zaman
Yang semakin lama ditinggal penghayatan
Walau sering dibacakan
Kata-kata yang hanya dijadikan bingkisan.

Hanya gah berkata
Hanya bangga membaca
Tapi tidak diambil iktibar didalamnya
Mungkin kita lupa akan penghayatannya
Mungkin sukar memahaminya
Kerna itu kita hanya membacanya.

Akhirnya berulanglah sejarah lama
Yang pernah dicerita sejak sekian lama
Jalan ceritanya sama cuma wataknya berbeza
Itulah aku yang bernama manusia
Walau dibekal dengan ayat-ayat cinta
Tapi masih gagal menemui jalannya.

Kembalikanlah aku Tuhan
Agar aku kembali memujiMu
Kembalikanlah aku Tuhan
Agar bibirku sentiasa menyebutmu
Kembalikanlah aku Tuhan
Agar aku bisa belajar dari ayat-ayat cintaMu
Tunjukkanlah aku jalan
Supaya aku hampir padaMu
Dan bisa menikmat hikmah cintaMu.

MF


Sumber : Aku Mencari

Waktuku juga WaktuMu

Al-quran itu wahyuMu
Aku cuba memahami maknanya satu per satu
Supaya ia meresap ke dalam qalbu
Cuma itulah aku
Tak pernah hadam kitab yang satu
Alasanku cuma satu
Tak punya waktu
Aku tunduk malu.

Tapi kini aku mahu
Benar-benar mahu tahu
Setiap patah bicaraMu
Aku pasti cari waktu!
Kerna hakikat waktuku
Adalah waktuMu.

Wahai Tuhanku!
Bantulah aku
Dalam memahami kalamMu.

NW
180613
0355


When a temptation come, take the Quran and memorized one ayah.
Nouman Ali Khan

Sahabat

Sahabat,
Bila kau lihat
Aku makin melarat
Tak tahu arah qiblat
Rangkul ku rapat
Dakap ku erat
Pegang ku kuat
Bisikkan ku semangat
Semoga kita beroleh rahmat.

NW
180613
0330


Bicara Kata

Bila aku diam seribu bahasa
Akalku ligat bermain bicara
Mataku merenung penuh makna
Jariku menari merungkai kata
Maaf, bukan aku tak mahu bersuara
Bukan aku tak punya suara
Cuma aku lebih pandai menulis kata
Dari mengucap bicara.

Bila mereka meluah rasa
Meminta bibirku membentuk kata
Aku cuma menjawab mereka
Tidak tahu nak bercakap apa
Walau hatiku meronta-ronta
Andai mereka dengar apa bicaranya
Tak perlu aku bersusah menyusun kata
Padaku, tak semua perlu dibicara
Cukup sekadar menerima
Aku biarkan lagi mereka meneka.

Bila emosi menyelubungi jiwa
Sehingga akal tak lagi terselia
Aku berkata entah apa-apa
Terkadang juga aku meninggikan suara
Bukan bererti aku marah tak tentu hala
Cuma aku tak tahu bagaimana harus bicara
Supaya mereka tahu hatiku berkata
Dan hatiku tenang semula
Baru aku tahu erti merana
Tidak menjaga apa yang dibicara
Itulah padahnya.

Bila aku lebih memilih diam tanpa bicara
Biarkan dia
Mungkin dia punya makna
Yang tak mahu dikongsi bersama
Mungkin itu juga terbaik untuk semua.

Sekali lagi aku pinta
Maaf, bukan aku tak mahu bersuara
Cuma aku tak pandai menyusun kata.

NW
180613
0440


Sendiri

Sungguh, terkadang aku mahu sendiri
Menyembunyi diri di sudut sepi
Tiada yang dapat mencari
Mungkin ramai tak mengerti
Mengapa aku memilih begini
Kerna aku juga sedang memahami.

Aku tidak suka dibebani
Aku tidak mahu membebani
Aku sedar mana letak diri
Jarang sekali menerangi
Apatah lagi menyenangkan hati.

Aku tidak mahu dikasihani
Lantas aku memendam hati
Biarkan mereka bermain teki
Mereka cuma mahu mengetahui
Mereka cuma menunjuk simpati
Bukannya empati!

Aku biarkan kini
Diri bicara sama hati
Agar ia datang bersama rohani
Untuk aku rasai
Bukan saja dengan hati
Bahkan jua bersama jemari.

Mereka bertanya, sampai bila mahu menyepi?
Sampai bila mahu sendiri?
Jawabku mudah, sampai aku punya jawapan tersendiri
Samapai aku letih untuk bersendiri.

NW
180613
0323


Sendiri ada waktunya memberi ketenangan di jiwa
Sendiri kadang menyeksa kerana tiada teman bicara.
Sendiri; Jamal Abdilah

When you don't know what to say anymore, just take off the masks and speak your heart.
Yasmin Mogahed

The heart senses what the mind cannot understand.
Yasmin Mogahed

.Life. Happiness.








"..when word fails you, say it with pictures.."

Tuesday 18 June 2013

Believe in Yourself















"..when word fails you, say it with pictures.."

***

"Berbahagialah apabila engkau telah melangkah, sebab engkau telah menang. Menang selangkah ketika sebahagian orang masih bimbang. Tetapi, dirimu sudah berani meng-eksekusi diri. Barakallah. Keep your spirit."
Deadline Your Life; Solikhin Abu Izzuddin


"If you are not willing to move your feet, then, don't expect Allah to guide your footsteps"
Nouman Ali Khan


Saturday 15 June 2013

.Percaya.Trust.

Diri bertanya, "Kenapa kita ditipu?"
.
.
.
.
.
Hati menjawab, "Kenapa mudah sangat percaya?"
.
.
.
.
.
*tunduk malu*
*ketuk kepala sendiri*
.
.
.
.
.
Pengajaran :-
Jangan mudah mempercayai dan memberikan kepercayaan kepada orang lain.
.
.
.
.
.


***

"So, macam mana? Masih benci dengan Istanbul?"

"Entahlah, awak. Ada saya fikir, mungkin lebih baik saya tak datang. Tapi, kalau saya tak datang, mungkin saya takkan tahu yang saya ni bodoh dan senang kena tipu."

"Bodoh ke? Orang bodoh mana ada bergantung pada diri sendiri, awak. Walaupun dah kena tipu, awak masih takda mintak orang lain bantu awak. Ha, pastu, bila awak ada masalah dengan housemate awak yang comel dan periang tu, pun awak handle sendiri jugak. Yang paling hebat, awak boleh jumpa Maggi Asam Laksa kat Istanbul. Haa. Memang tabik!"

"Tapi, hakikatnya, saya tetap kena tipu. Dengan orang yang paling saya percaya pulak tu."

"Tapi, siapa yang tak pernah kena tipu? Mak saya pun pernah kena tipu dengan saya masa saya ponteng sekolah dulu. Tapi, tak bermaksud yang mak saya tu bodoh. Cuma, kita senang percaya dengan kejujuran orang. Lagi-lagi dengan orang yang kita sayang."

Dian-Harris, Istanbul Aku Datang

Thursday 13 June 2013

Latihan!

Taktau nak buat apa
Sign in blog
Tekan new post
Sebab dah lama tak berupdate
Sejak cuti ni.

***

Sandar tubuh
Dongak kepala
Tengok kipas
Angkat tangan
Kerut dahi
Dan err hmm??

Apa aku nak tulis ni?

Pendek kata, jujur
Menulis bukan bakat
Bukan juga bidang
Tapi, ianya latihan!
Ianya kemahuan!

***

Kebelakangan ini aku tepu hampir beku
Buku buka lirik kosong berdebu
Hilang sengat
Hilang seri
Hilang seru
Hilang merdu
Mata tutup
Kepala tertelungkup
Pintu dengar ketuk
Oh, anakku menjenguk
Papa, jangan kerut dahi
Tukar niat
Baca Bismillah
Mesti jadi.
Cuba Lagi; Malique


Gambar hiasan tiada kaitan
Cuma suka menikmati pemandangan
Moga ada yang sudi meneman
Menghirup udara yang nyaman.
NW

Thursday 6 June 2013

Dua Puluh

Hari ini aku genap dua puluh
Dengan rahmat dan keizinanNya
Dapat aku melihat dunia yang indah
Menginap di bumi bertuah
Di bawah langit Allah aku berteduh
Syukur Alhamdulillah
Atas nikmatMu yang tak berbelah.

Hari ini aku genap dua puluh
Moga aku cermat mengatur langkah
Mencorak hidup yang diredha Allah
Kerna disitu letaknya barakah.

Hari ini aku genap dua puluh
Moga hari yang menemaniku
Disemaikan dengan benih ibadah
Agar dapat kupetik tuai hasilnya
Di negeri akhirat yang abadi
Kerana aku makin sedar
Aku hanyalah di persinggahan
Bila aku leka
Tegurlah
Ingatkanlah
Tunjukkanlah
Kerana aku manusia yang lemah.

NW
060613
0430


Bila aku leka
Tegurlah
Ingatkanlah
Tunjukkanlah
Kerana aku manusia yang lemah.
NW

Wallahu a'lam.

Wassalam,
NW

Iktibar Isra' Mikraj

Bacaan surah al-Isra', ayat 1 yang bermaksud :


Alhamdulillah, dapat berjumpa di pagi Jumaat penuh barakah ini dan dapat kita sulamkan dengan sedikit majlis ilmu. Semoga sedikit yang dibincangkan dapat memberi manfaat kepada kita semua. Izinkan saya mengulang kembali ilmu kita semua sudah pun tahu sebenarnya - ‘Beringat-ingatlah, kerana peringatan itu sangat berguna bagi orang yang beriman’.

Isra' Mikraj berlaku pada malam 27 Rejab.

Hari ini akan dibincangkan ayat yang dibacakan patah demi patah. Esok, InsyaAllah, akan disambung dengan memperlihatkan gambar-gambar Masjid Aqsa, batu tergantung, struktur masjid Aqsa dan lain-lain berkaitan.


Allah mulakan ayat ini dengan perkataan – Subhanallah – Maha Suci Allah’– perkataan tauhid yang membuktikan Allah berkuasa berbuat apa sahaja perkara, termasuklah yang nampak ajaib di mata manusia.
Peristiwa isra' mikraj adalah satu peristiwa yang ajaib terutamanya ketika 1400 tahun dahulu.
Jika saya kata, semalam saya makan malam di Bangkok, kemudian jumpa kawan pula di Jakarta, kemudian solat subuh di KLIA. Tuan-puan boleh percaya kerana mungkin saya ambil penerbangan murah ke Bangkok.
Tetapi, jika ucapan yang sama diucapkan 50 tahun dahulu, mungkin orang akan garu kepala mendengarnya kerana ketidaklogikannya.
Sebab itulah Allah mulakan ayat ini dengan mentauhidkanNya agar kita yakin dengan apa yang Allah ingin sebut seterusnya.


Maha Suci Allah yang telah mengisra'kan’
Nabi SAW diisra'kan dengan tunggangan bernama Bura’, yang dicipta daripada kilat, sebab itulah ianya lebih laju daripada cahaya.
Mengikut teori sains, jika manusia dapat bergerak melebihi kelajuan cahaya, ada kemungkinan manusia boleh menjelajah ke masa hadapan.
Tetapi, ini tidak boleh dilakukan kerana semakin laju bergerak, jisim manusia semakin bertambah.
Teori ini tidak boleh dibuktikan, tetapi ianya menjadi inspirasi kepada pembikin filem fantasi.
Jika teori ini betul, ada kemungkinan bahawa Nabi SAW telah menjelajah ke masa hadapan kerana ketika itu Nabi SAW telah melihat ahli neraka, keindahan syurga. Wallahhu’alam.


Nabi SAW kita merupakan kekasih Allah, penghulu para Nabi tetapi ketika Nabi SAW diisra'kan, Nabi SAW tidak diisra'kan dengan pangkat yang tinggi tetapi dengan pangkat ‘hamba’.
Oleh itu kita semua juga berupaya untuk mencapai pangkat hamba ini. Sebab itu ada banyak ayat Al-Quran yang meminta kita tunduk kepada Allah.
Ayat pertama surah Al-Isra' ini diletakkan di atas kubah Masjid Al-Aqsa. Bila melihatnya, terharu saya rasa.


Seterusnya kenapa Nabi SAW itu diisra'kan pada waktu malam?
Kerana ianya merupakan peristiwa yang ghaib dan ditutup daripada mata kita dan kita diminta beriman dengan mempercayainya. Begitu juga dengan perkara ghaib lain seperti syurga, neraka, seksa kubur dan sebagainya.


Masjidil Haram berada di Mekah, manakala Masjidil Aqsa pula di Palestin.
Kenapa Masjidil Aqsa?
Langit juga ada pintunya dan pintu ini bertepatan dengan kedudukan Masjidil Aqsa.


'Yang Kami berkati sekelilingnya.'
Kenapa diberkati disekelilingnya? Ada 3 sebab:
  1. Kerana banyaknya maqam para Nabi di sekitar masjid Aqsa
  2. Kerana banyaknya maqam orang-orang soleh di sini.
  3. Tempat ini juga sentiasa menjadi medan syahid dari dahulukala sehinggalah hari ini. Pada zaman Nabi SAW dulu, banyak berlaku perang kerana agama di sini. Pada zaman Nabi SAW, berlaku perang Salib. Sekarang orang Palestin sedang berperang dengan Yahudi. Akan datang, perang dengan Dajjal juga akan berakhir di sini, iaitu di Pintu Lut, yang terlekat lebih kurang 15 km daripada Tel Aviv.

Dalam dunia ini ada beberapa tanah yang disebut. Antaranya:
  • Mekah dan Madinah disebut sebagai Darul Aman
  • Syria dan Yaman disebut sebagai Darul Barakah – Nabi SAW pernah mendoakan berkat kepada Yaman dan Syam. Sebab itulah mereka ini semuanya lemah-lembut. Orang Najjat (Riyadh sekarang) juga minta didoakan Nabi SAW, tapi Nabi SAW kata tidak, dan berkata, “di Najjat akan tumbuh tanduk-tanduk syaitan”.
  • Iraq disebut Darul Fittan (Fitnah) – akan sentiasa berlaku peperangan kerana fitnah disini. Bermula dengan Harut dan Marut, Nabi Ibrahim di bakar dan banyak lagi. Boleh rujuk website saya www.ustazamin.com untuk lihat cerita saya bawa rombongan ke Masjid Aqsa hari Isnin nanti, InsyaAllah.


'Untuk kami perlihatkan tanda-tanda kebesaran Kami.'
Allah tunjukkan berbagai peristiwa syurga dan neraka kepada Nabi SAW.
Untuk masuk syurga kenalah mati dahulu. Dan yang paling penting ialah mati dalam Islam.


'Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui'
Ini juga ayat tauhid kerana tujuan ayat ini diturunkan adalah untuk mentauhidkan kepada Allah. Kita semua akan pulang kembali kepada Allah walau siapa sekalipun kita.

PENUTUP

Peristiwa yang berlaku 1400 tahun dahulu adalah untuk kita bergantung sepenuhnya kepada Allah Taala. Bergantung pada pangkat, harta, suami, semuanya akan musnah juga akhirnya, tetapi jika bergantung pada Allah, kita tak perlu risau kerana Allah yang beri rezeki, beri jalan keluar apabila kita dalan kesulitan.

SOALAN & JAWAPAN

S: Allah telah mempertontonkan hukuman terhadap dosa yang dilakukan dan setiap kali Isra' Mikraj kita membincangkannya. Sayangnya ramai yang tidak mengambil pengajaran daripada peristiwa ini. Jadi, bagaimana untuk menimbulkan kesedaran?
J: Hidayah itu milik Allah. Jadi orang-orang masjid, orang surau jangan jemu berdakwah.
Kita ni, kadang-kadang cermin mata pun lupa letak di mana, inikan pula perkara-perkara lain yang lebih besar.
Jadi, teruskanlah, biarpun cerita yang diulang-ulang setiap tahun.

S: Saya sedih kerana ada pihak yang mengatakan cerita Isra' Mikraj ini dongeng semata-mata. Mohon pandangan ustaz?
J: Pertama, kena lihat latar belakang keluarganya. Mungkin betul dia tidak tahu kerana tidak dibesarkan dalam suasana ilmu Islam, mungkin dibesarkan di luar negara. Oleh itu, perlu bersabar dan berdakwah dengannya secara berhikmah.
Kedua, jika dia menolak kerana ingkar perlu diucapkan, “Innalillahiwa inna ilai hi ro ji’un”. Aqidahnya sudah agak tersasar, jadi doakan agar dia diberi hidayah. Siapa tahu mungkin Allah beri dia hidayah dan menjadi jauh lebih baik daripada kita.
Jadi, kita jangan sombong dengan hidayah yang Allah beri hari ini, kerana belum tentu hidayah ini kekal. Kita perlu sampaikan kepada orang kerana dengan itu Allah akan memperkukuhkan keimanan kita, InsyaAllah.

S: Bagaimana cara untuk menasihati rakan-rakan yang tidak solat?
J: Perkara yang paling penting ialah jangan jemu mengajak rakan-rakan kepada kebaikan.
Saya dulu ketika belajar selalu ketuk bilik pelajar sebelah untuk ajak solat, walaupun mereka tak pernah ikut. Setelah habis sekolah, dan berjumpa kembali, rakan itu berterima kasih kerana katanya walaupun dulu dia tak solat, sekarang bila sudah solat, dia teringat pada saya yang selalu ketuk pintu biliknya dahulu.
Jadi mungkin mereka tidak mengikut ajakan kita hari ini tapi suatu hari nanti InsyaAllah. Kita tidak boleh mengharapkan mereka terus berubah.
Jika kita sendiri yang malas untuk solat, rajinkan ucap ‘La hau la wa la quwwata illa ..’azim’.
Kelebihan membacanya - jika masih malas, Allah akan beri kekuatan, jika sudah buat akan diberi keikhlasan dalam beribadat.

S: Bagaimana untuk meyakinkan orang lain bahawa apa yang Nabi SAW alami adalah benar?
J: Benda yang tak nampak tak bermakna yang benda itu tiada.
Ada satu kisah seorang Profesor Aethis – tak mempercayai agama. Dia memberikan contoh benda sekeliling yang ada seperti pen untuk membuktikan teorinya. Oleh kerana tiada siapa nampak, dia memutuskan Tuhan tiada. Lalu bangunlah seorang pemuda Islam dan bertanya jika Profesor itu ada. Mereka menjawab ada kerana semua boleh melihatnya. Kemudian dia bertanya lagi: “Profesor ada akal tak?” Semua pun terdiam. Jadi teorinya itu tidak betul.
Allah mengingatkan kita bahawa orang bertaqwa adalah orang yang beriman dengan perkara-perkara yang ghaib. Kita perlu terus ingatkan keluarga atau rakan-rakan yang masih ‘terlupa’. Semoga Allah memberi hidayah.
Allah tak lihat di mana kita bermula, tetapi di mana kita berakhir.
Allah tak lihat kesalahan kita, Allah nak lihat taubat kita.

S: Adakah umat Islam yang tidak mempercayai adanya balasan syurga dan neraka tergolong dalam kumpulan yang tidak mempercayai rukun iman?
J: Bab syurga dan neraka termasuk sebahagian rukun iman. Tidak mempercayai sepenuhnya, bermakna akan rosaklah imannya. Jika orang itu tidak tahu kita perlu beritahu dan sampaikan ilmu padanya. Cuba ikut cara Nabi SAW yang tidak pernah jemu atau merajuk jika dahwahnya tidak diterima. Kita hanya berusaha menyampaikan, Allah jugalah yang memberi hidayah.

S: Ketika diisra'kan Nabi SAW melihat ramai kaum wanita di neraka. Kenapa?
J: Kebanyakan wanita masuk neraka kerana gagal mentaati suami. Jadi isteri perlu sentiasa mohon maaf dengan suami. Suami pula, jika betul sayangkan isteri, selalulah maafkan isteri.
Antara perkara yang paling menggembirakan kita di akhirat nanti ialah apabila kita dapat masuk syurga bersama ahli keluarga. Oleh itu, dalam keluarga perlu ada sifat saling memaafkan.

S: Jika meragui kisah Isra' Mikraj, apakah kesan kepada iman dan akidah?
J: Yang dikatakan beriman dengan Rasul ada lima:
  1. Beriman dengan wujudnya rasul dan nabi
  2. Beriman dengan 25 Nabi yang disebut dalam Al-Quran
  3. Beriman dengan syariat yang dibawa para Nabi
  4. Beriman dengan apa yang ada pada Nabi, contohnya mukjizat para Nabi
  5. Beriman dengan perkara-perkara sahih yang berlaku pada Nabi.
Jadi, jika kurang salah satu, akan rosaklah kepercayaan kepada Rasul, dan rosaklah rukun imannya.

Wallahu a'lam.

Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin
Tanyalah Ustaz 150612




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...