Halwa Telinga

Monday 28 January 2013

Rehat yang Sebenarnya

Peringatan tentang umur insan.
Umurmu sebenrnya sangatlah pendek jika ingin dibandingkan dengan masa hidupmu di akhirat kelak.

"Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?"
"Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari"
"Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja.
Kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)"
(Surah al-Mu'minun 23 : 112-114)

Ramai yang mengatakan bahawa pengakhiran hidup ialah mati.
Sebenarnya, mati ialah permulaan hidup yang tidak mati-mati lagi.

Ingatkan pada diri, kematian tidak akan datang pada waktu dan tahun tertentu.
Yang jelas, ia pasti akan datang.
Maka, persiapkanlah bekalan kita menuju destinasi terakhir.
Moga kita dapat sampai dengan selamat.

Apabila hati kita tergerak untuk melakukan kebaikkan, bersegeralah melakukannya.
Kerana pada saat itu, Allah memberikan kita peluang untuk mendekatiNya.
Tetapi jika kita menunda-nunda untuk beramal.
Dan kematian datang di waktu yang kita tidak sangkakan.
Maka, kita akan menyesal dengan penyesalan yang tidak akan berpenghujung.


Jangan panjang angan-anganmu, kelak nanti engkau akan berat untuk beribadah.
Pujuklah hati kita dengan kata-kata :
"Pagi ini aku akan beribadah meskipun berat, siapa tahu nanti malam aku mati.
Malam ini aku akan bersabar untuk beribadah, siapa tahu esok aku mati."


Mohonlah padaNya dengan doa, "Ya Allah, rezekikanlah aku istiqamah".
Istajibbillah humma do'a ana. Allahuma amin.

Ingat. Istiqamah itu pun rezeki.

***

"Wahai bapaku, bilakah masanya kita betul-betul akan berehat?",
tanya Abdullah bin Ahmad kepada bapanya iaitu Imam Ahmad bin Hanbal.
"Kita hanya betul-betul boleh berehat apabila kaki kita sudah melangkah masuk ke dalam Syurga.",
jawab Imam Ahmad bin Hanbal kepada anaknya sambil memandang lembut ke dalam mata anaknya.
Jawapan tersebut sarat dengan makna dan hikmah.


Mudah-mudahan semakin rapat.
InsyaAllah.

Wallahu a'lam.

Friday 25 January 2013

قد كفاني علم ربي


قَدْ كَفَانِي عِلْمُ رَبِّي
Cukup bagiku pengetahuan Tuhanku

مِنْ سُؤَالِي وَاخْتِيَارِي
Daripada permintaan dan usahaku

فَدُعَائِي وابْتِهَالِي
Doa serta permohonanku

شَاهِدٌ لِي بِافْتِقَارِي
Sebagai bukti pada kefakiranku

فَلِهَذَا السِّرِّ أَدْعُو
Oleh kerana rahsia itu aku berdoa

فِي يَسَارِيْ وَعَسَارِي
Pada saat aku senang dan susah

أَنَا عَبْدٌ صَارَ فَخْرِي
Aku adalah hamba, menjadi kebanggaanku

ضِمْنَ فَقْرِي وَاضْطِرَارِي
Dalam kefakiran dan keperluanku

يَا إِلَهِي وَمَلِيْكِي
Wahai Tuhanku yang memiliki aku

أنْتَ تَعْلَمُ كَيْفَ حَالِي
Kau Maha Tahu akan keadaanku

وَبِمَا قَدْ حَلَّ قَلْبِي
Dan apa yang berada dalam hatiku

مِنْ هُمُوْمٍ وَاشْتِغَالِي
Dari kesedihan dan kesibukanku

فَتَدَارَكْنِي بِلُطْف
Maka tolonglah aku dengan kelembutan

مِنْكَ يَا مَوْلَى الْمَوَالِي
DariMu Wahai Tuhan seluruh hamba

يَا كَرِيْمَ الْو جْهِ غِثْنِي
Wahai yang Maha Pemurah tolonglah hamba

قَبْلَ أنْ يَفْنَى اصْطِبَارِي
Sebelum lenyap kesabaran hamba

يَا سَرِيْعَ الْغَوْثِ غَوْثًا
Wahai Pemberi Pertolongan dengan segera

مِنْكَ يُدْرِكْنَا سَرِيْعًا
Berilah kami dengan segera pertolonganMu

يَهْزِمُ الْعُسْرَ وَيَأْتِي
Yang dapat menghilangkan kesulitan dan dapat mendatangkan

بِالَّذِي نَرْجُو جَمِيْعًا
Dengan apa-apa yang kami harapkan semua

يا قَرِيْبًا يا مُجِيْبًا
Wahai Yang Maha Dekat, dan Maha Menjawab

يا عَلِيْمًا يا سَمِيْعًا
Wahai Yang Maha Mengetahui dan Maha Mendengar

قَدْ تَحَقَّقْتُ بِعَجْزِي
Aku mengaku akan kelemahanku

وخُضُوْعِي وانْكِسَارِي
Dan ketaatan serta kesedihanku

لَمْ أَزَلْ بِالْبَابِ وَاقِف
Aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmatMu

فَارْحَمَنْ ربِّ ي وُقُوْفِي
Wahai Tuhanku berikanlah rahmat padaku

وبِوَادِي الْفَضْلِ عَاكِف
Pada lembah kurniaMu aku berada

فَأَدِمْ ربِّي عُكُوْفِي
Wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku di sana

ولِحُسْنِ الظَّنِّ لاَزِم
Aku sentiasa mempunyai prasangka baik

فَهُوَ خِلِّي وحَلِيْفِي
Ia (prasangka baik) adalah teman dan kawanku

وأَنِيْسِي وجَلِيْسِي
Juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku

طُوْلَ لَيْلِي ونَهَارِي
Sepanjang malam dan siangku

حَاجَةً فِي النَّفْسِ يَا رب
Wahai Tuhanku, dalam jiwa ini terdapat hajat

فَاقْضِهَا يا خَيْرَ قَاضِي
Tunaikanlah Wahai yang Maha Menunaikan

وأَرِحْ سِرِّي وقَلْبِي
Tenteramkanlah rahsia dan hatiku

مِنْ لَظاَهَا والشُّوَاظ
Dari kebimbangan dan pergolakannya

فَالْهَنَا والْبَسْطُ حَالِي
Sungguh aku akan berada dalam ketenteraman dan ketenangan

وشِعَارِي ودِثَارِي
Dan juga (ketenteraman dan ketenangan) menjadi pakaianku

Sumber : قد كفاني علم ربي


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
الحمد لله

Zikrullah, Mengingati Allah, In the Rememberence of Allah


Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitabNya, Al-Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut :-

“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.”
(Surah Al-Insan 76: 25-26)

“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”
(Surah Al-A’raf 7: 205)

“Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) : 
“Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”
(Surah Al-Imran 3: 191)

“Sesungguhnya Akulah Allah, tidak ada Tuhan selainKu, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku.”
(Surah At-Taha 20: 14)

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.”
(Surah Al-Ahzab 33: 21)

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman:
“Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu.
Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu.
Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu.
Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. (Akhirat - Perhitungan amal)
Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta.
Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa.
Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak.”

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t.
Para Malaikat selalu mengelilingi bumi.
Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir.
Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit.
Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.”


Dialog antara Allah s.w.t dan para Malaikat

Allah s.w.t bertanya para malaikat meskipun Allah mengetahui pergerakan mereka :
“Dari mana kamu datang?”

Malaikat menjawab :
“Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dariMu.”

Allah s.w.t berfirman :
“Apakah yang mereka pohonkan?”

Para Malaikat menjawab :
“Mereka memohon Syurga dariMu.”

Allah berfirman :
“Apakah mereka pernah melihat SyurgaKu?”

Para Malaikat menjawab :
“Belum, wahai Tuhan.”

Allah berfirman :
“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat SyurgaKu?”

Malaikat berkata lagi :
“Mereka juga memohon daripadaMu perlindungan.”

Allah berfirman :
“Mereka pohon perlindunganKu dari apa?”

Malaikat menjawab :
“Dari NerakaMu, wahai Tuhan.”

Allah berfirman :
“Apakah mereka pernah melihat NerakaKu?”

Malaikat menjawab : 
“Belum.”

Allah berfirman : 
“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat NerakaKu.”

Malaikat terus berkata : 
“Mereka juga memohon keampunanMu.”

Allah berfirman : 
“Aku sudah mengampuni mereka.
Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon.
Dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.”

Malaikat berkata lagi :
“Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hambaMu.
Dia penuh dengan dosa.
Sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut.
Tetapi setelah dia melaluinya, dia terasa ingin menyertainya.
Lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.”

Allah berfirman :
“Aku juga telah mengampuninya.
Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.”


Wallahu a'lam.

Thursday 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul


24 Januari 2013 = 12 Rabiulawal 1434H


Bagaimana Nabi nak mengaku kita umatnya kalau kita sedikit sekali berselawat ke atasnya.
Mari basahkan lidah dan hati dengan selawat.
Orang yang sombong sahaja tak nak berselawat.
Tak sombong kan?
Jom la selawat. :)
Sollu alan Nabi.


"Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat
(memberi segala penghormatan dan kebaikan) 
kepada Nabi (Muhammad SAW) ;
Wahai orang-orang yang beriman,
berselawatlah kamu kepadanya
serta ucapkanlah salam sejahtera
dengan penghormatan yang sepenuhnya."
(Surah Al-Ahzaab 33 : 56)


Wallahu a'lam.

Thursday 17 January 2013

Syahadah

Kalam Allah melalui al-Quran
Memberi petunjuk bagi kaum muslimin
Menjadi rujukan dalam pengembaraan
Menuju ke jalan kebenaran
Moga tidak lagi dalam kesesatan.

Sunnah Rasulullah dijadikan ikutan
Wasiatnya pula dijadikan peringatan
Buat kita umat terkemudian
Yang patut banyak berselawat kepada junjungan
Juga mereka terdahulu yang membantu perjuangan.

Sudah lengkap semua bekalan
Apa lagi yang kita kekurangan?
Apa lagi alasan yang hendak diberikan?
Tatkala mahu melanggar suruhan Tuhan
Ingatlah, darah Nabi pernah mengalir dari badan
Hanya kerana kasihnya pada kita, wahai mukminin!

Bukalah lembaran sirah para anbiya’
Kita ambil ibrah darinya
Kita pinjam semangat juangnya
Kita tauladani akhlak budinya
Yang tunduk patuh pada Pencipta
Tetap mengaku diri hamba
Walau diangkat Allah sebagai rasulNya
Sebagai pembawa berita gembira
Buat umat dan pegikutnya.

Tetapi, apa yang berlaku pada kita kini?
Tikamana ilmu yang dihadam wahid ithnani
Sudah menganggap diri wali
Mampu menaung Syurga Firdausi
Sedang hakikatnya kita cuma kuli
Kuli kepada Yang Maha Tinggi
Yang selalu lupa untuk mengabdikan diri
Maka, tawadhu’kanlah hati naluri
Supaya ikhlas mempelajari ilmu Ilahi
Demi mencari redha hakiki
Berjalanlah dengan rendah diri
Baru tahu tinggi langit bumi
Sedarlah kita ilmu yang dimiliki
Tidak setanding ilmu yang Maha Mengetahui.

Tikamana dihidangkan dengan kelazatan duniawi
Mudah sahaja lupa diri
Sehingga tidak tahu nilai mensyukuri
Nikmat yang dikurniakan yang Maha Pemberi
Sanggup menggadai maruah agama sendiri
Demi mendapat apa yang diimpi
Apa itu dikatakan wali?
Apa itu akhlak penaung syurgawi?

Bangkitlah wahai saudara seislamku!
Janganlah leka dibuai mimpi dunia
Kata mahu mengikut al-Quran dan as-Sunnah
Kata sayangkan Rasulullah
Kata mahu syahid bersama para mujahidin
Mengapa masih mengikut telunjuk jahiliyyah?
Jangan hanya menanam tebu dibibir mulut!
Kata arif dalam hal agama
Ayuhlah kita rapatkan saf
Lupakan sejenak fahaman dunia
Atas landasan sayangkan ummah
Mari bina ukhuwah yang padu
Tegakkan Islam dalam dirimu
Mekarlah Islam disekelilingmu.

Aku tulis bukan kerana nama
Tetapi kerana kasihku sesama insan
Janganlah berdendam bermusuhan
Itukan kerja syaitan
Yang tugasnya menyesatkan insan
Sekadar mahu melihat saudara seislamku teguh keimanan
Tak gentar bila dihempas ujian kehidupan
Tetap kukuh dengan pendirian
Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah
Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

NW
120113
0518


Wallahu a'lam.

Wednesday 16 January 2013

Manners & Respect


Platforms.
For people to socialize virtually.

***


Gadgets.
Help them in daily life.

***


Respect.
Is what we have to implement!

***

Technology.
Yes, it help us nowadays! It does help.
But!
Somehow, it declines the manners, respect and morality from us.

***

We have to use the technology not the technology use us.

Wallahu a'lam.


Monday 14 January 2013

Tanggungjawab Muslim Sesama Muslim


Sometimes, we need someone to remind us as we always forget even the simple things.
So, let's refresh our responsibility towards other muslims.
Have you done your duty?
Alhamdulillah, if you did.
May blessed of Allah shower us.
InsyaAllah. Amin.

Wallahu a'lam.

Sunday 13 January 2013

Bila? Sekaranglah!


" Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam.
Terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam.
Dan, celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam.
Sesungguhnya, yang paling jauh bukannlah bintang, mentari pun bukan jua rembulan.
Tetapi, adalah masa yang berlalu yang tidak akan kembali.
Kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan.
Semalam yang terluput mengukir sesalan.
Yang ada cuma hari ini dan akan datang.
Gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin.
Kerana esok belum tentu milik kita.
Sedangkan semlam telah pergi buat selamanya. "

Jika ditanya bila masanya ingin berubah? Jawablah, sekarang aku mahu berubah!

Wallahu a'lam.

Saturday 12 January 2013

Lafaz Yang Tersimpan

Sedarlah wahai insan
Kamu itu sebenarnya sangat hina
Kerna asalmu daripada nutfah yang bercampur
Yang disimpan di tempat yang kukuh
Diciptakan olehNya dari satu kejadian ke satu kejadian
Dalam tiga suasana yang gelap gelita.

Lahirmu ke dunia oleh insan yang mulia
Dengan penuh kemanjaan
Kau memanggilnya dengan gelaran ibu
Kau ditatang bagai minyak yang penuh
Titik keringat ayahmu tak terasa basahnya
Tatkala dia melihat wajah mulusmu itu
Kerna dia bekerja untuk membesarkanmu
Mereka menerangi qalbumu dengan cahaya ilmu
Sedikitpun tak kau dengar keluh kesah mereka.

Kelak kau dewasa
Kau punya landasan kehidupanmu
Kau bina mahligai kasihmu
Kau mencapai apa yang diimpikan
Menjadi insan yang dipandang tinggi
Adalah kejayaan yang boleh kau berikan tauladan
Buat anak-anakmu menjejak langkah
Menuju ke menara gading sama sepertimu.

Kerana kau nakhoda yang mengemudi bahtera keluarga
Jika kau mampu merendahkan egomu
Pastikan kau dapat melihat
Senyuman manis yang menguntum di bibir
Dari setiap insan yang kau sayangi.

Walau setinggi mana kau menapak
Kau tetap insan biasa
Kau masih seorang hamba
Yang berpijak di bumi ciptaanNya
Yang semua kau miliki itu
Rabb yang punya
Dan kepadaNya jua kau dikembalikan.

Lalu, layakkah kau untuk bertindak kasar?
Tikamana yang memberi teguran
Hanya ingin menasihatimu
Kerna kasihnya padamu.

Seandainya kau bisa mentafsir lirik mataku ini
Pastikan kau memahami lagu yang ku nyanyikan
Oleh anakmu yang tak lagi tegar
Untuk melihat kolam mata ibunya bertakung lagi.

NW
291012
2340


When you look at your life, the greatest happiness is family happiness.

Wallahu a'lam.

Sungguh, Aku Malu!

Dalam kembara kehidupanku
Ada masa aku bangun
Ada masa aku jatuh
Lalu, rebahku ke tanah
Sujudku menyembah Ilahi
KepadaNya jua tempatku mengadu segala suka dan duka
Mengharap didengari segala syukur dan rintihan.

Saat aku terus mengadu dan meminta
Rasa malu mula menerpa
Tatkala merasa diri ini hanya seorang hamba
Yang tahunya meminta sahaja
Persoalan mula tercurah di benak fikiranku
Apakah aku telah berikan seperti yang dipinta?

Lantas aku bermonolog
" Sesungguhnya memang Engkaulah Maha Besar dan Maha Kaya
Sememangnya jika hambaMu tidak bersyukur, ianya tidak menjadi hal kepadaMu
Sebaliknya, jika hambaMu bersyukur, keberuntungan terpulang kepadanya. "

Terderai jualah air mata keinsafan
Pabila mengenangkan terlalu banyak permintaanku
Sedangkan aku ini hanya ditaraf seorang hamba
Yang terkadang alpa untuk bersyukur kepadaMu
Yang terkadang lalai untuk memujiMu dengan asma'Mu
Sungguh, aku malu!

Ilahi, pintaku kini
" Engkau yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
Ampunilah aku, hambaMu yang hina ini
Bimbinglah langkah kakiku ke jalanMu
Tetapkanlah aku dalam iman dan agamaMu
Syafaatkanlah aku di hari tiada pemberian syafaat melainkan olehMu
Lindungilah aku dari azab kuburMu
Lindungilah aku dari seksa api nerakaMu
Berikanlah aku al-fallah, kejayaan di dunia dan di akhirat
Dan kurniakanlah kepadaku syurgaMu
Sebagai tempat rehatku buat selamanya
Dengarlah permintaan hambaMu ini
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa. "
Amin, ya Rabbal a'lamin.

NW
091112
1615


Kita ni HAMBA yang banyak pula pintanya.
Memang Allah kata, pintalah (doalah) padaku, nescaya akan dikabulkan.
Tetapi, cuba tanya pada hati.
Tidakkah kita yang sebagai HAMBA ini tidak ada rasa malu?
Hanya tahu meminta tetapi tidak tahu memberi.

Qana'ah (sederhana) dalam segala hal itu perlu.
Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang bukan sahaja tahu meminta.
Bahkan tahu untuk memberi dan bersyukur.
InsyaAllah. Amin.

Wallahu a'lam.

Friday 11 January 2013

Ingatlah Allah SWT Selalu


There are two roads diverged :
1) Therefore, remember Me, I will remember you. ( 2 : 152 )
2) They have forgotten Allah, so, He forgotten them. ( 9 : 67 )


The choice is always yours.
But, remember that, someday you will return to Him.
Therefore, take the road that lead to Him.
Surely, it has no regret !

***

Jangan terlalu mengejar dunia sehingga terlupa pencipta dunia.

Wallahu a'lam.

Thursday 10 January 2013

Pengalaman Kehidupan

Kumenelaah buku-buku kehidupan
Kumencari makna kehidupan
Lelahku dalam pencarian
Tiada kutemukan
Makna yang disimpulkan
Yang ada cuma kepalsuan.

Kuketuk pintu hati
Membuka, mencari definisi
Yang kujumpa itu hakiki
Itulah pengalaman
Membawaku kearah kehidupan yang kucari.

NW
220512
2000


Setiap yang berlaku dalam kehidupan seharian kita sebenarnya telah pun tertulis di Luh Mahfuz.
Sebagai seorang hamba, kita hanya mampu berdoa kepada Allah agar diberikan kehidupan yang baik.
Sebaiknya juga, kita berusaha untuk memperbaiki kehidupan kita.
Allah akan beri sesuai dengan usaha yang kita lakukan.
Jangan pernah salahkan takdir.

How Allah can create everything differently.
So, do Allah creates different people with different story.
Just have faith in Him.
Verily, the Mercy of Allah will come.

Wallahu a'lam.

Wednesday 9 January 2013

Ilmu Allah SWT


Biar akal memainkan peranan.
Agar kita belajar erti kefahaman.

Mari menjadi hamba yang BERFIKIR.

Wallahu a'lam.

Tuesday 8 January 2013

Ilmu Penerang Hati, Pelita Hidup

Ilmu Allah itu Maha Luas
Tiada sempadan
Yang mencari, yang dicari, yang tercari
Jawapannya ada dalam pengetahuanNya
Andai dia mahu dunia, maka berilmulah
Andai dia mahu akhirat, maka berilmulah
Andai dia mahu dunia dan akhirat, maka berilmulah.

Dengan ilmu, dia mengangkat darjatnya
Ke tahap mereka yang cakna ilmu
Kerana mahukan cakna itu
Dia perlu bercinta
Cinta ilmu yang perlu dia cari
Carinya perlu berlanadaskan niat
Niatnya lillahi ta'ala
Baru hidup terasa nikmat
Nikmat dengan ilmu yang diperoleh
Baru cinta dapat dizahirkan
Zahirnya dengan tindakan
Tindakannya yang berlandaskan syariat dan sunnah
Bukan lagi jahiliyyah
Kerana tamsilan ilmu itu umpama pelita
Pelita yang menerangi hidup dia
Menerangi hatinya
Lalu teranglah kehidupannya.

Indahnya ilmu Allah itu
Hanya dia, pencari ilmu sahaja yang tahu.

NW




Belajarlah ilmu apa pun, yang penting ikhlas kerana Allah, untuk mencari redha Allah yang hakiki.
Semakin banyak ilmu yang kita pelajari, tawadhu'kanlah diri.
Sedarilah, Allah Maha Mengetahui yang mana pengetahuanNya meliputi segala.
Jangan bangga dengan ilmu yang kita punya.
Jangan hina mereka yang kurang ilmunya.
Sebaliknya, kita perlu melengkapkannya.
Itulah akhlak yang terpuji.

Wallahu a'lam.

Monday 7 January 2013

Indahnya Cahaya Itu

Sekian lama hidup di kegelapan,
Teraba-rabaku dalam mencari cahaya
Entah kemana diri ini pergi
Membawa haluan tanpa disedari
Hampir sahaja aku berputus harap
Kerana perhentianku hanyalah gelita.

Namun, kerana hati membisikkan kekuatan
Lantaran aku menguatkan iltizam
Meneruskan perjalanan
Mendaki, mencuba tanpa henti.

Nun jauh di sudut kecil itu
Ada cahaya menerangi
Gembira hatiku ini tak terungkap rasanya
Lantas kaki menderap langkah
Menuju ke arah cahaya itu.

Aku melihat, membuka, menghadam, dan memahami selok-beloknya
Oh... Itulah rupanya cahaya yang menerangi cahaya.

Sungguh janjiku pada diri ini
Tidak lagi aku mahu pergi jauh darinya
Kerana aku tahu
Hakikat indahnya cahaya yang kujumpa ini
Sungguh indah...

NW
161012
1725




Bilamana hidayah Allah datang menerpa, tiada siapa yang dapat menyangkal.
Bagaimana Allah boleh memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki.
Begitu juga Allah boleh mengurniakan hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendaki.
Dengan kerendahan hati, pohonlah hidayahNya pada yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Wallahu a'lam.


Friday 4 January 2013

Permulaan



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Nama blog diberi, "Aku Tulis Bukan Kerana Nama - Tetapi Kerana Kasihku Sesama Insan."
Kerana pada asalnya, saya menulis untuk mengajak pembaca bersama berfikir dan sama-sama melihat dunia bukan sahaja dengan mata kasar bahkan juga dengan mata hati.
Di situlah kiranya nanti kita akan mengetahui makna hidup dan kehidupan.
Mudah-mudahan, sedikit yang diberi ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua.
Maaf seandainya, ada di antara penulisan saya nanti kiranya ada yang bercanggah pendapat.
Suka untuk saya mengajak kalian untuk turut berkongsi pendapat mahupun cadangan bersama dengan saya.

Moga Allah redha.
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...