Halwa Telinga

Saturday 25 May 2013

How To See Prophet Muhammad SAW In Your Dream?

Student : O, my master, teach me how to see the Messenger of Allah PBUH in my dreams.

Teacher : Do you really wish to see the Prophet PBUH in your dreams?

Student : Yes, sir.

Teacher : If so, then, you are invited to dinner tonight in my house. Tonight, eat with me.

So, the blessed teacher prepared dinner for his student, overdid the salt, and prohibited him from any water.
He added excessive salts and pickles, and there's no water.
Then, the student eats.

Student : I'm thirsty.

Teacher : No water is allowed.

Student : I'm thirsty sir. I want to drink!

Teacher : No, there's no water.

Student : Alright.

Teacher : Eat.

Student : Alright. So, teach me, sir.

Teacher : No, not now. I won't teach you now.

Student : Then, when?

Teacher : Sleep now, and before Fajr, I will instruct you on how to see the Messenger of Allah PBUH in your dreams.

The student slept, as he was in great anticipation of this beautiful lesson.

(Before Fajr.)

Teacher : Come, my son.

Student : Teach me, sir.

Teacher : No, wait a second. First, have you seen anything last night in your sleep?

Student : Yes, I have.

Teacher : What have you seen?

Student : Sir, I saw the skies raining, and I saw the rivers running, and I saw oceans flowing in front of me.

So he went to sleep very thirsty. So he dreams of water falling from the sky, and water running through streams and water flowing in the oceans - that's how it is.

Teacher : Yes, my son, you've spoken the truth. You've spoken the truth, and your attention has been truthful, so your dream was truthful. And if your love for the Prophet Muhammad PBUH is true, then you shall see the Messenger of Allah PBUH!

Student : Is this the answer?

Teacher : Yes, this is the answer. If your love for the Prophet Muhammad PBUH is true, then you shall see the Messenger of Allah PBUH!

So tell me, is it possible for the Prophet PBUH to come in a dream
to one who eats from Harram?
to one whose eyes look to what is Harram?
to one whose tongue lies?
to a cheater?
to one who deals with interest?
to a hypocrite?
Would the Prophet PBUH come to this?

No, no, no, no, no, no, by Allah!
By Allah, he does not come except to those he loves.

There are those who go to visit the Prophet PBUH and there are those who the Prophet PBUH comes to visit.
AllahuAkbar!

Remember :
Your intention has been truthful, so your dream was truthful.
And if your love for the Prophet PBUH is true, then, you shall see the Messenger of Allah!

Just strengthen the love.
And by Allah, you will be pleased with the sight of the beloved Messenger of Allah PBUH.

Following and loving Him.
For following is a fruit of loving him.
Following is a fruit of love.
Whoever claims to love Prophet PBUH but does not gain from his guidance, then, it is nonsense and disrespect.

So, the love is its first condition and mandate.
If was truthful, then obedience, and faithfulness.

For he is the one who said, "Whoever sees me in dreams, has truly seen me, for the Shaytaan cannot take my form."

Sheikh Muhammad Hassan


اللهم أرني وجه نبيِّك وحبيبك محمد في منامي
"Ya Allah, perlihatkan kepadaku wajah nabiMu dan kekasihMu Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam mimpiku."

Sumber : How To Dream of The Prophet SAW

Wallahu a'lam.

2 Sunnah Nabi SAW yang Sering Ditinggalkan


Syeikhuna Al-Alim al-Allamah al-Faqih, Syaikh Muhammad Nuruddin al-Banjari, hafizhahullah, sering mengingatkan agar para imam terutamanya, tidak meninggalkan 2 Sunnah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم ini, selepas sembahyang Subuh dan Maghrib.
Begitulah keikhlasan beliau dalam ceramah-ceramah dan taushiyahnya, selalu mengingatkan para imam dan para ustaz serta pemimpin agama dalam masyarakat agar “tidak menjadi sebab kepada terkuburnya Sunnah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم ”.
Beliau sememangnya terkenal sebagai seorang yang sangat menjaga Sunnah dan adab ilmu, nafa'anallahu bihi wa bi 'ulumihi fid darain, Aminnn.

Al-Faqir ingin menjelaskan 2 amalan yang dimaksudkan oleh Fadhilah Syaikhuna itu, iaitu :

1) Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk Tahiyyat Akhir dan tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan :

لا إله إلا الله وحده لا شريك له,
 له الملك وله الحمد,
يحي ويميت,
وهو على كل شيء قدير.

Maksudnya :
"Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya.
BagiNya segala kerajaan dan segala pujian.
Dialah yang menghidupkan dan mematikan.
Dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu."

Fadhilat :
Hadith dari Abu Zar berkata: Sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda :
"Barangsiapa yang membaca selepas sembahyang Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti Tasyahhud Akhir, sebelum berkata-kata, sebanyak 10 kali,
ditulis baginya 10 kebaikan,
dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa),
diangkatkan baginya 10 darjat (kedudukan),
dan dia pada hari itu terjaga dari segala perkara yang dibenci,
terbenteng dari syaitan,
serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu
kecuali syirik (menyekutukan) Allah."

(Riwayat Imam Tirmizi dengan Sanad Hasan, Imam Ath-Thobrani menyebutnya di dalam Al-Aushot dan Al-Kabir. Lihat juga Shahih Targhib wa Tarhib, 1/306. Imam An-Nasa'i menambah selepas يحي ويميت dengan ' بِيَدِهِ الخَير '.
Beliau (Imam An-Nasa'i) juga menambah (tentang ganjarannya) :
"Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba."
Imam Ath-Thobrani menambah :
"Dan baginya setiap apa yang dibacanya pahala membebaskan seorang hamba dari anak Nabi Ismail dengan harga seorang dari mereka 12000."
Rujuk Khulashah Syawariq al-Anwar min Ad'iyah as-Sadah al-Akhyar susunan Al-Allamah al-Muhaddith al-Habib Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani,al-Qahirah : Dar Wahdan, t.t, ms. 14-15)

2) Membaca sebanyak 7 kali sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan :

اللهم أجرني من النار

Maksudnya :
"Ya Allah peliharalah aku dari api neraka."

Fadhilat :
Hadith dari Al-Harith bin Muslim dari ayahnya berkata: Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bersabda :
“Apabila kamu selesai menunaikan sembahyang Subuh,
maka bacalah sebelum kamu berkata-kata :
“Allahumma ajirni minan nar”, 7 kali,
maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu,
Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka.
Dan apabila kamu selesai menunaikan sembahyang Maghrib,
maka bacalah sebelum kamu berkata-kata :
“Allahumma ajirni min nar”, 7 kali,
maka sekiranya kamu meninggal dunia pada malam itu,
Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka."

(Riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i. Disebut juga oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani di dalam 3 kitabnya iaitu Nata'ij al-Afkar, 2/326, Al-Futuhat ar-Rabaniyyah, 3/69 dan Hidayah ar-uwah, 2/472)

Catatan :
Boleh juga menggunakan shighah (bentuk) jama' (ramai) umpamanya :

اللهم اجرنا من النار

Maksudnya :
"Ya Allah, peliharah kami dari api neraka."

Rumusan :
1) Berusahalah untuk mengekalkan duduk Tawarruk atau Iftirasy (jika tidak mampu) selepas Tahiyyat Akhir sembahyang Subuh dan Maghrib, dengan tidak berkata-kata, sehinggalah selesai membaca bacaan pertama tersebut sebanyak 10 kali.
Selepas itu, barulah merubah kedudukan mengikut keselesaan masing-masing.
Untuk sembahyang-sembahyang lain, bilangannya bolehlah dibaca 3 kali.

2) Berusaha tidak meninggalkan bacaan kedua sebanyak 7 kali selepas sembahyang Subuh dan Maghrib, dengan tidak berkata-kata, sehinggalah selesai membacanya.
Untuk sembahyang lain, bilangannya bolehlah dibaca 3 kali.

3) Hendaklah berusaha mengamalkan kedua-dua Sunnah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم yang mudah ini untuk sembahyang Subuh dan Maghrib, walau sesibuk mana sekalipun.

4) Janganlah para imam atau orang perseorangan memendekkan membaca keduanya (umpamanya tidak cukup bilangan 10 kali bagi bacaan pertama dan tidak cukup bilangan 7 kali bagi bacaan kedua) kerana ada majlis ceramah/ kuliah/ tazkirah Subuh atau Maghrib selepas sembahyang.
Ketahuilah bahawa kedua amalan ini mengandungi ganjaran yang sangat besar dan tidak mengambil masa yang panjang (bacaan pertama +/- 1 minit 25 saat dan bacaan kedua 20 saat).

5) Usahakan agar kita “tidak menjadi sebab kepada terkuburnya Sunnah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم ”.
Jika orang awam/ makmum melihat para imam dan pemimpin agama (ustaz dan lain-lain) tidak melakukannya, mereka mungkin beranggapan 'boleh' atau 'tidak apa' ditinggalkan dengan alasan para imam dan ustaz sendiripun tidak melakukannya.
Justeru, ia menjadi fitnah dalam agama, fata'ammalu.

6) Mengamal Sunnah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم sahaja sudah sangat besar ganjarannya, belum lagi ganjaran amalan Sunnah itu sendiri.

7) Antara tanda cinta seseorang kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ialah dengan mengamalkan Sunnah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم

((من تمسك بسنتي عند فساد أمتي فله أجر مائة شهيد)),
وفي رواية : ((فله أجر شهيد))

“Sesiapa yang berpegang (mengamalkan bersungguh) sunnahku ketika umat sudah binasa (teruk), maka baginya pahala 100 mati syahid.” Dan dalam riwayat lain : “Maka baginya pahala sekali mati syahid.” 

(Riwayat Ath-Thobrani dari hadith Abu Hurairah. Diriwayatkan juga oleh Al-Baihaqi dalam kitabnya AzZuhd al-Kabir. Ibn Adi menyebutkannya di dalam kitabnya Al-Kamil dan Az-Zahabi menyebutkannya dalam kitabnya Mizan al-I’tidal)

Al-Faqir Ilallahil Qadir, Khuwaidim al-'Ilm wa Ahlih
Muhadir Haji Joll 1 Ramadhan 1432H/ 1 Ogos 2011M

# Dipersilakan untuk disebar luaskan demi kecintaan kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan mengambil berat tentang hal ehwal ummah marhumah.

Friday 24 May 2013

إليك


إليك إله الخلق أرفع رغبتي
Kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan
وإن كنتُ يا ذا المن والجود مجرما
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha Pemberi dan Pemurah
ولما قسا قلبي وضاقت مذاهبي
Tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku
جعلت الرجا مني لعفوك سلما
Kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu
فما زلتَ ذا عفو عن الذنب لم تزل
Hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini
تجود و تعفو منة وتكرما
Bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.

ألست الذي غذيتني وهديتني
Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?
ولا زلت منانا عليّ ومنعما
Dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan nikmat itu kepadaku
عسى من له الإحسان يغفر زلتي
Semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
ويستر أوزاري وما قد تقدما
Dan menutup dosa-dosaku dan setiap perkara yang telah lalu
فإن تعف عني تعف عن متمرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
ظلوم غشوم لا يزايل مأتما
Kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku
و إن تنتقم مني فلست بآيس
Dan jika Engkau membalas seksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
ولو أدخلوا نفسي بجرم جهنما
Sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka.

إليك إله الخلق أرفع رغبتي
Kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan
وإن كنتُ يا ذا المن والجود مجرما
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha Pemberi dan Pemurah
ولما قسا قلبي وضاقت مذاهبي
Tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku
جعلت الرجا مني لعفوك سلما
Kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu
فما زلتَ ذا عفو عن الذنب لم تزل
Hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini
تجود و تعفو منة وتكرما
Bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.

فصيحا إذا ما كان في ذكر ربه
Dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya
وفيما سواه في الورى كان أعجما
Tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu
يقول: حبيبي أنت سؤلي وبغيتي
Dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku
كفى بك للراجين سؤلا ومغنما
Cukuplah hanya Engkau bagi orang-orang yang berharap; harapan dan kekayaan
أصون ودادي أن يدنسه الهوى
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
وأحفظ عهد الحب أن يتثلما
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar
ففي يقظتي شوق وفي غفوتي منى
Di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap
تلاحق خطوي نشوة وترنما
Yang sesalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama
فجرمي عظيم من قديم وحادث
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
وعفوك يأتي العبد أعلى وأجسما
Dan keampunanMu yang mendatangi hamba; meninggikan dan memuliakan (martabatnya).

إليك إله الخلق أرفع رغبتي
Kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan
وإن كنتُ يا ذا المن والجود مجرما
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha Pemberi dan Pemurah
ولما قسا قلبي وضاقت مذاهبي
Tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku
جعلت الرجا مني لعفوك سلما
Kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu
فما زلتَ ذا عفو عن الذنب لم تزل
Hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini
تجود و تعفو منة وتكرما
Bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.

(Antara bait-bait syair إليك Imam Syafi`e ketika beliau sakit sebelum menghembuskan nafas terakhir.)



Saturday 18 May 2013

Semulia-mulia Mukjizat Dianugerahkan kepada Semulia-mulia Makhluk SAW

Di antara perkara yang wajib kita imani dan yakini ialah Allah meneguhkan para Nabi dan Rasul AS dengan kurniaan mukjizat untuk memuliakan dan memebenarkan seruan mereka.

Hal ini ditegaskan oleh ulama' Ahli Sunnah wal Jama'ah sebagaimana perkataan mereka :
"Para Rasul AS diperkuatkan dengan beberapa mukjizat kerana kemuliaan mereka dan sifat ma'sum yang Allah, Tuhan Pencipta kurniaan kepada setiap mereka (para Nabi dan Malaikat) adalah wajib."

Sepertimana yang kita sedia maklum, disisi Ahli Sunnah wal Jama'ah, Rasulullah SAW merupakan semulia-mulia mkhluk.

"Makhluk yang paling utama secara mutlak ialah Nabi kita SAW, maka berpalinglah daripada bantahan."

Maka sudah tentulah, Baginda SAW dikurniakan dengan semulia-mulia dan sehebat-hebat mukjizat melebihi mukjizat para Nabi dan Rasul yang lain. Ulama' menyatakan :
"Dan mukjjizat Nabi Muhaamad SAW itu banyak dan terang. Di antaranya ialah Kalamullah (al-Quran) yang melemahkan manusia."

Ramai cendekiawan Islam membahaskan tentang kelebihan mukjizat Rasulullah SAW di dalam kitab-kitab mereka. Di antara mereka ialah Imam Syafi'i RA. Beliau telah membahaskan perkara ini berdasarkan persoalan yang dikemukakan kepadanya di dalam majlis-majlis pengajiannya. 

Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammad

Syeikh Datuk Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki


Thursday 16 May 2013

Satu Qiblat yang Sama

Ya Salim Salimna Salim Salim Dinana

Ada yang hitam
Ada yang putih
Zahirnya Dia menciptakan kita berbeza
Namun batinnya kita dikurnia
Akal fikiran yang lengkap sempurna
Walau berbeza kasta budaya
Hanya amalan padaNya yang utama
Kita mewarisi al-Quran suci
Sebagai panduan untuk hidup sejahtera.

Seringakali iman akan diuji
Bak layar dihembus laut gelora
Dalam mengejar kehidupan di sana
Jangan alpa meredah kabus dunia.

Walau pandangan jauh berbeza
Tak bermakna ada salah ada benar
Pada akhirnya kita semua
Sujud ke arah satu qiblat yang sama.

Semulia insan adalah yang menghampiriNya
Moga ditempatkan dengan yang bertaqwa.

Tak mungkin manusia yang punya nafsu
Bisa terlari walau secebis dosa
Apa yang mampu kejar pahala
Biarlah yang Esa menghitungkannya.

Buang yang keruh
Ambil  yang jernih
Tak guna merentih
Menyesal bersedih.

Khalifah bumi semua bersaudara
Untuk menghambakan diri kepadaNya
Kadangkala kesabaran dicabar
Tiang utuh teguh bisa kan runtuh
Sedangkan lidah tergigit
Inikan pula sesama saudara.

Walau pandangan jauh berbeza
Tak bermakna ada salah ada benar
Pada akhirnya kita semua
Sujud ke arah satu qiblat yang sama.

Semulia insan adalah yang menghampiriNya
Moga ditempatkan dengan yang bertaqwa.

KRU, Rabbani

Murabbi Terulung

Ilmu itu nur Ilahi
Menembus kedalam membuahkan iman
Memancar keluar memantulkan amal
Semoga istiqamah dalam perjuangan
Menyebarkan ilmu tak kira jurang
Tetap sabar menyuluh perjalanan
Demi melihat gemilang insan
Kerana kau murabbi terulung!

NW
160513
0124


Dalam ajarnya ada harapan
Dalam tegurnya ada doa
Dalam marahnya ada sayang
Dalam diamnya ada bijaksana
Dalam tangannya ada sahsiah terbina
Berbahagialah menjadi pendidik!

Baktimu bak segunug intan
Budimu seluas lautan terbentang
Semoga Allah terus merestui segala usaha murnimu.
InsyaAllah.

Wallahu a'lam.

Wednesday 15 May 2013

Mencintai Rasulullah SAW – Kenapa & Bagaimana?



RINGKASAN

Moga-moga kita termasuk orang yang sentiasa gembira dengan kehadiran Nabi SAW dan mencintai baginda. Kerana kecintaan Nabi itu sangat zahir pada diri baginda.
Ketika bersama sahabat baginda, baginda berkata, “Alangkah rindunya untuk bertemu saudaraku”.
Sahabat pun berkata, “Ya Rasulullah, tidakkah kami ini saudaramu?”
Baginda menjawab, “Tidak, kamu sahabatku”.
Sahabat pun bertanya, “Siapa itu saudaramu?”
Jawab Nabi SAW, “Sangat beruntung orang yang bertemu dan beriman denganku, tetapi beruntung (Ada riwayat mengatakan Nabi ulang 3 kali, ada riawayat kata 7 kali), orang yang tidak melihat aku tetapi beriman denganku”.
Siapakah mereka itu? Mudah-mudahan kita tergolong dalam golong tersebut. Sebelum kita lahir lagi Nabi SAW sudah merindui kita. Adakah kecintaan yang lebih hebat daripada cinta ini?

Disebut bahawa riwayat hidup Nabi sungguh ringkas. Makanannya cuma tamar, airnya air mineral dan tidurnya pun atas pelepah tamar sahaja, sehinggakan apabila bangkit, berbekas kesan pelepah pada belakang badan baginda SAW yang suci dan mulia itu. Dalam keadaan begitu, Allah mengutuskan Jibril untuk memberitahu yang Allah akan memberikan pemberian yang meredhakan baginda. Maksudnya, mintalah apa sahaja, Allah akan tawarkan.
Diriwayatkan bahawa ditawarkan Bukit Uhud untuk menjadi emas untuk Nabi SAW tetapi Nabi SAW berkata, “Jika begitu wahai Tuhanku, aku tidak redha walau seorang pun umatku masuk neraka”. Tabarakallah..kegembiraan Nabi adalah apabila umatnya terlepas daripada seksa api neraka.

Peristiwa Hijrah juga menunjukkan betapa Nabi SAW sayang kepada umat dan sahabatnya. Ketika itu sahabat meminta Baginda berhijrah demi keselamatannya. Baginda menolak dan berkata, “Tidak, yang dicari ialah aku, bukan kamu. Maka, kamu berhijrahlah”. Jika Nabi tidak sayangkan umatnya, pasti baginda telah lebih dahulu melarikan diri. Masha Allah, Nabi SAW sangat kasih dan sayangkan umatnya.
Dalam suatu riyawat, Nabi SAW mendoakan keampunan dosa Aisyah yang dulu dan yang akan datang, yang sembunyi-sembunyi atau atau yang terang-terangan.
Saidatina Aisyah RA mendengar doa ini dan berasa sangat gembira.
Nabi SAW bertanya, "Kenapa kamu gembira?"
Aisyah RA berkata, “Mana mungkin aku tak gembira apabila mendapatkan doa keampunan daripada kamu ya Rasulullah”.
Baginda kemudian menjawab, “Demi Allah, doa yang sama kuucapkan untuk umatku pada setiap malam”.
Nabi SAW ingat untuk mendoakan kita setiap malam. Kita belum tentu ingat untuk doakan suami/isteri/ibu bapa setiap malam. Kita bukan duduk satu rumah dengan Nabi pun, tapi Nabi SAW tak pernah lupakan kita. Nabi sayang kita dari dunia sampai baginda wafat.

Ketika hampir wafat, Jibril datang mengadap Nabi SAW.
Nabi menjawab, “Apakah kemuliaan yang Allah berikan padaku?”
Jibril menjawab, “Sesungguhnya pintu langit telah terbuka untukmu”.
Ulama mengatakan jika kita mimpi masuk ke langit melalui pintu-pintunya, atau orang lain mimpi kita masuk kelangit melalui pintu-pintunya, itu tandanya amalan kita diterima Allah.
Ketika saat kritikal itu, Nabi SAW berkata, “Itu untukku, bagaiamana pula dengan umatku”.
Jibril mengatakan, “Allah mengharamkan syurga dimasuki orang lain sebelum dimasuki umatmu”.
Nabi sayang pada umatnya, pada musuhnya, hatta pada orang kafir juga.

Ketika di Taif, Nabi SAW dicederakan sehingga kasutnya berisi dengan darahnya. Namun Nabi SAW tidak marah dan enggan membenarkan malaikat Gunung membalas perbuatan mereka dan berharap agar ada zuriat mereka yang akan menganut agama Islam nanti.

Setiap amalan kita akan dibentangkan kepada Nabi SAW. Jika amalan itu baik, maka baginda akan memuji Allah SWT. Jika sebaliknya, baginda akan memohon ampun bagi pihak kita. Di akhirat, ketika melihat umatnya melintasi titian sirat, Nabi SAW akan berdoa, "Ya Allah, Sallim, sallim” yang bermaksud, “Ya Allah, Selamatkan, selamatkan"...

Inilah kecintaan Nabi SAW yang sangat luar biasa kepada kita. Oleh itu, sangat patut kita membalasnya.
Jadi, bagaimana membalas cinta Nabi SAW?

Antaranya:

  1. Dengan menghidupkan sunnahnya. Sesungguhnya pada Nabi SAW itu teladan dan ikutan yang baik. Di samping itu, banyakkan mengingati Allah.
  2. Disebutkan bahawa, "Jika benar kamu cinta, pasti kamu taat padanya". Oleh sebab itu, jika cintakan seseorang, kita pasti mengikuti kegemarannya, dan meninggalkan kebenciannya. Oleh itu, jika kita cintakan Nabi, kita ikutlah cara Nabi dalam segala hal - pakaian, makanan, pergaulan dsb. Esok hari Jumaat, pakailah pakaian berwarna putih kerana itu warna kegemaran Nabi SAW.
  3. Orang yang sayang seseorang akan selalu menyebutnya iaitu melalui selawat. Allah juga berselawat ke atas Nabi SAW, malaikat juga begitu, takkan kita tidak mahu selawat. Ulama mengatakan salah satu tanda orang beriman ialah dia banyak berselawat. Dan juga tanda seorang itu ahli sunnah wal jamaah ialah juga dengan banyak selawat. 1 selawat dibalas Allah dengan 10 kali selawat. 1 selawat saja sudah cukup bernilai kepada seseorang, inikan pula jika 10, 100, 1000 dsb. Tanda beradab dengan Nabi SAW ialah dengan berselawat setiap kali mendengar namanya disebut. Orang yang tidak mahu selawat apabila nama Nabi SAW disebut ialah orang yang bakhil.
  4. Memuliakan hadis Nabi SAW. Imam Malik dimuliakan dengan dikurnikan bermimpi Nabi SAW setiap malam. Setiap kali sebelum membacakan hadis, beliau akan mandi, berwangian-wangian dan duduk di tempat khas yang telah diwangikan dengan tujuan memuliakan hadis Nabi SAW. Itulah cara orang soleh memuliakan hadis Nabi SAW.

Nilai mahabbah kepada Nabi SAW itu sangat tinggi.
Seorang 'Arabi datang dan bertanya Nabi SAW, "Bilakah berlakunya kiamat?"
Nabi SAW bertanya semula "Apakah persedianmu?"
Dia menjawab "Aku tidak bersedia dengan banyaknya solat sunat/sedekah/puasa sunat. Akan tetapi aku cinta akan Allah dan kepada Rasul-Nya SAW."
Baginda pun kemudian bersabda, "Kamu nanti akan dikumpulkan bersama orang yang kamu cintai".
Dalam riwayat lain disebutkan Nabi SAW menjawab, "Seseorang itu akan dikumpulkan bersama orang yang dicintainya".

SOALAN & JAWAPAN

S: Mohon penjelasan mengatakan qasidah itu amalan orang Yahudi dan Nasrani kerana merupakan pujian yang melampau.
J: Ini ialah qiyas yang tidak benar dan tidak tepat. Siapa yang kita agungkan? Nabi Muhammad SAW yang juga diagungkan Allah SWT. Mana mungkin ini tidak betul sedangkan Allah juga mengangungkan Nabi SAW. Kita memuji orang yang paling patut dipuji, orang yang paling banyak berjasa kepada kita. Memuji Nabi SAW itu adalah suruhan Allah. Sebelum ini ada dibincangkan ada satu kerusi khas untuk orang memuji Nabi di Masjid Nabawi dan Nabi SAW tidak melarangnya. Sebelum menghukum, perlu dilihat tujuan qasidah dilantunkan. Oleh kerana tujuannya memuji Nabi SAW, maka tidak salah. Para sahabat, tabiin dan para solihin juga pernah melakukan perbuatan yang sama. Para ulama melihatnya sebagai perkara yang baik, maka akan baik juga di sisi Allah. Mereka yang menulis qasidah juga bertaraf al-Hafiz iaitu menghafal Al-Quran dan ribuan hadis, jadi mereka ini sangat berilmu.

S: Bagaimana untuk sentiasa menjaga akhlak seperti akhlak Nabi SAW kerana kita mudah lalai terutama ketika musim pilihanraya?
J: Perbanyakkan membaca kitab tentang akhlaknya (Syamail Muhammad), sirahnya (Sirah Nubuwwah). Sentiasa berada bersama orang-orang yang soleh yang mengamalkan sunnah Nabi SAW. Kita sangat perlu kepada orang yang menunjukkan kita contoh sunnah-sunnah Nabi SAW. Sentiasa berpandukan ilmu. Ingat untuk mengamalkan sunnah di mana-mana saja - rumah, masjid, pejabat, dalam berpolitik dsb.

S: Apakah selawat yang benar?
J: Yang seeloknya letakkan perkataan "Sayyidina" atau "Sayyiduna" sebagai tanda adab kita kepada Nabi SAW. Jumhur ulama membenarkan kita melakukannya sebagai tanda hormat kepada baginda Nabi SAW. Betul dalam hadis Nabi SAW tidak menyebut "Sayyidina" kerana sifat tawadhuk yang ada ada baginda SAW.

S: Mana yang betul - adakah boleh membuat majlis tahlil kepada orang yang telah mati.
J: Adakah tahlil yang mengatakan tidak boleh? Tiada. Tahlil itu adalah menyebut 'La ila ha illallah'. Nabi SAW menganjurkan kita memperbaharui syahadah dan mentalkinkan dengan ucapan 'La ila ha illallah'. Segala yang kita akan dicatit Raqid/Atid. Jika disebut perkataan baik, insyaAllah ada pahala. Oleh itu, perbuatan ini baik. Cuma selalu orang mempersoalkan sampai atau tidak kepada si mati. Sampai atau tidak itu, kita serahkan kepada Allah.
Nabi SAW pernah meletak pelepah tamar di atas kubur untuk meringankan azab kepada si mati. Jika pelepah tamar pun boleh memberi manfaat, inikan pula kalimah 'La ila ha illallah'. Nabi SAW juga menganjurkan sahabat meminta keampunan bagi si mati. Rujuklah dalam kitab untuk keterangan lanjut. Rumusannya, boleh dilakukan.

 Ustaz Muhadir Hj Joll
Maulid @IKIM 190413



Wallahu a'lam.

Bulan Rejab & Kelebihannya

MUKADIMMAH

Alhamdulillah dapat berjumpa pada hari yang sangat mulia.
Nabi SAW bersabda, “Tidak ada matahari yang terbit pada hari yang lebih mulia melainkan pada hari Jumaat.”
Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan kita digalakkan untuk memperbanyak selawat ke atas junjungan Rasulullah SAW. Semoga kita dipilih Allah Ta'ala untuk mengimarahkan hari Jumaat, terlebih pula di dalam bulan Rejab yang mulia ini. Kita berbicara tentang bulan yang sangat mulia iaitu bulan Rejab, sebelum kita berbicara tentang ketua semua bulan iaitu Ramadhan Al-Mubarak.

Terdapat sangat banyak kelebihan bulan Rejab yang ditulis oleh para 'alim ulama' yang besar.
Nabi SAW, apabila melihat anak bulan Rejab, akan melafazkan doa, “Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan."
Jadi kenapa Nabi SAW guna perkataan 'Berkatilah kami'? Ini kerana ramai orang yang leka dengan kelebihan yang ada dalam bulan Rejab sehinggakan bulan ini berlalu habis begitu sahaja. Para salafussolleh bersungguh-sungguh mempertingkatkan amalan di bulan ini kerana mereka tahu ganjarannya amat besar.

Al-Imam Ibnu Rejab bin Hambali menulis di dalam kitab beliau bahawa bulan Rejab ini adalah pembukaan kepada bulan-bulan kebaikan dan bulan-bulan barakah iaitu bulan Syaaban dan Ramadhan. Bulan Syaaban dan Ramadhan mempunyai ganjaran yang sangat tinggi di sisi Allah dan Rejab merupakan bulan pembukanya. Sesuatu yang menjadi pembuka kepada sesuatu yang mulia tentulah sesuatu yang istimewa juga. Contohnya, jika ada seorang VVIP ingin hadir ke sesuatu tempat, sudah tentu 'PA (Personal Assistant) akan dihantar terlebih dahulu. Pembantu kanan ini tidaklah boleh orang sembarangan sahaja tetapi perlu orang yang hebat setanding dengan kedudukan VVIP itu juga. Jadi bulan Rejab menjadi mulia kerana dikaitkan dengan bulan Ramadhan yang sangat mulia.

Sebahagian ulama, antaranya Sheikh Abu Bakar Al-Warra' juga menyebut, “Bulan Rejab bulan bercucuk tanam, bulan Syaaban bulan untuk mengairi, dan bulan Ramadhan ialah bulan mengambil hasilnya.” Oleh sebab itu, seseorang tidak boleh mengambil hasil jika tanamannya tidak subur. Bagaimana untuk mengairi tanaman jika tidak bercucuk tanam? Kita juga kena ingat yang sebelum bercucuk tanam, 'kawasan' tersebut perlu dibersihkan terlebih dahulu daripada semak-samun. Jika tidak, tanaman akan cepat mati. Oleh sebab itulah, ulama menyatakan bahawa bulan Rejab ini adalah untuk membersihkan diri dengan membanyakkan beristighfar, bertaubat dan kembali kepada Allah SWT.

Rejab juga termasuk dalam kumpulan bulan-bulan haram. Haram ini bermaksud segala kebaikan yang dilakukan akan mendapat ganjaran yang sangat tinggi. Allah SWT berfirman berkenaan kelebihan bulan-bulan haram yang maksudnya, “Sesungguhnya hitungan bulan-bulan disisi Allah ada 12 bulan. Antara 12 bulan ini ada 4 bulan yang dinamakan bulan yang haram. Hendaklah kamu jangan menzalimi diri kamu sendiri.” Kenapa Allah sebut 4 bulan yang haram sedangkan Allah telahpun menyebut keseluruhan 12 bulan. Ini menunjukkan pengkhususan sesuatu kerana fadhilat yang ada padanya. Empat bulan ini disebut sebagai bulan haram kerana besarnya ganjaran pahala amalan yang dilakukan dalam bulan-bulan ini. Tetapi harus diingat bahawa dosa yang dilakukan dalam bulan-bulan ini juga menjadi lebih besar daripada biasa.
Sayyidina Ibnu Abbas ada menyebut, “Allah SWT mengkhususkan empat bulan ini dan menjadikannya bulan yang haram kerana dosa yang diperbuat dalamnya besar, dan menjadikan juga amal yang soleh diberi ganjaran yang besar.” Segala amalan baik akan dilipat-gandakan pahala.

Bulan-bulan ini juga disebut sebagai bulan haram kerana orang-orang Arab akan berhenti berperang pada waktu ini. Perkataan Rejab berasal daripada perkataan 'Rajaba' yang bermaksud 'Dia memuliakan dan membesarkannya'. 'Dia' di sini merujuk kepada golongan malaikat yang memuliakan bulan ini dengan amalan tasbih dan tahmid. Jadi, jika malaikat yang tak berdosa pun banyak bertasbih dan bertahmid di bulan ini, bagaimana pula dengan kita?

Bulan Rejab ini juga dikatakan mempunyai 14 hingga 17 nama.
Antaranya ialah 'Syahrullah' yang bermaksud 'Bulan Allah'. Sesuatu yang dikaitkan dengan sesuatu yang mulia akan menjadi mulia juga. Contohya, pintu masjid dan pintu tandas berbeza tarafnya, walaupun fizikalnya menggunakan pintu yang serupa. Pintu tandas orang berani conteng atau tendang, tetapi orang takkan buat begitu pada pintu masjid. Jadi bulan Rejab ini sangat mulia.
Bulan ini juga disebut sebagai 'Rejab Mudhor'. Mudhor merupakan satu kabilah Arab yang agak besar yang sangat mengagungkan bulan ini. Nama ini juga ada disebut dalam satu hadis.
Nama lain yang istimewa untuk Rejab ialah 'Al-'asom' yang bermakna pekak atau tuli. Ini kerana pada bulan ini orang Arab tidak berperang dan keadaan menjadi sunyi daripada bunyi kerincing pedang-pedang mereka.

SOALAN & JAWAPAN

S: Rejab datang lagi dengan berbagai kelebihan tetapi dengan umur yang bertambah, tenaga semakin berkurang untuk melakukan amal-ibadat. Ramai yang tidak sedar tentang ini dan berharap akan melakukan banyak amal setelah pencen nanti. Bagaimana pula dengan pepatah yang mengatakan orang yang berjaya adalah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, manakala orang yang rugi adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam. Mohon pandangan ustaz.
J: Umur kita akan tetap bertambah, jadi kita minta supaya mendapat umur yang berkat. Amalan yang dilakukan pula biarlah yang ada sanadnya dan yang jelas datang daripada Rasulullah SAW. Kita perlu berusaha untuk beramal dan fokus pada kualiti, bukan kuantiti sahaja. Amalan yang dilakukan perlulah ikhlas kerana Allah, dilakukan dengan yakin dan mempunyai sanad yang jelas. Jadi apa pun yang kita amalkan, biarpun sedikit, pastikan ada sanadnya. Jadi, kita perlu belajar ilmu agama dan belajar bagaimana untuk beramal dengan betul. Saya nasihatkan agar setiap daripada kita mempunyai satu amalan yang kita istiqomahkan, kerana agak mustahil untuk kita buat semua amalan. Jadikan satu amalan sebagai sesuatu yang kita istiqomahkan, dan jika kita tinggalkannya akan membuatkan kita berasa tidak senang. Contohnya, ada orang membiasakan diri mengamalkan 'Wirdul Laatif” (seumpama mathurat) setiap hari.

S: Ada pendapat mengatakan saranan berpuasa di bulan Rejab datang daripada hadis yang tidak kuat. Mohon ustaz jelaskan.
J: Ini sebenarnya soalan yang menjadi tanda tanya ramai orang. Sebenarnya, puasa itu merupakan sesuatu yang sangat dituntut dalam Islam. Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud, “Berpuasalah, kamu akan sihat.” Nabi menyuruh berpuasa tanpa menyatakan waktu yang tertentu, kecuali puasa wajib di bulan Ramadhan. Oleh itu, puasa dalam bulan Rejab secara umumnya termasuk dalam hadis ini. Jadi tiada masalah untuk berpuasa. Tambahan pula, bulan Rejab merupakan salah satu bulan haram dan Nabi SAW ada bersabda, “Berpuasalah kamu pada bulan-bulan haram”. Lagipun, Isnin dan Khamis juga termasuk dalam bulan Rejab. Begitu juga dengan 'hari-hari putih' iaitu 13, 14 dan 15 haribulan. Namun ada yang mengatakan tiada hadis sahih berkenaan puasa di bulan Rejab. Sepanjang pengamatan saya, seseorang perlu mengkaji keseluruhan hadis yang ada sebelum mengambil pandangan-pandangan tertentu dan memanjangkannya melalui internet sehingga menyebabkan orang ramai menjadi bingung. Saya sebenarnya telah membuat sedikit kajian dan menulis satu bab khas berkaitan puasa Rejab dalam buku berjudul 'Al-Fakir, Persoalan Khilafiah dan Penjelasan Ulama'. Oleh sebab itu, saya yakin untuk berbicara berkaitan hal ini.
Saya ada berjumpa hadis Nabi SAW, yang bermaksud, “Daripada Uthman bin Hakim Al-Ansori, Uthman pernah bertanyakan Said bin Jubair berkenaan puasa Rejab. Said menjawab, “Adalah Nabi SAW berpuasa Rejab sehingga kami menjangka baginda tidak berbuka. Dan baginda berbuka sehingga kami tidak menjangka baginda berpuasa.” Jadi kesimpulannya, ada hari Nabi berpuasa dan ada hari Nabi tidak berpuasa dalam bulan Rejab. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim, oleh itu tarafnya adalah hadis sahih. Al-Imam An-Nawawi menyatakan daripada ucapan Said ini menjadi bukti bahawa tiada tegahan untuk berpuasa di bulan Rejab.
Amalan berpuasa ini dilakukan bukan semata-mata kerana bulan itu tetapi kedudukannya sama seperti bulan-bulan lain dan tidak ada larangan yang sabit untuk berpuasa dan tidak ada pula suruhan sunat berpuasa kerana bulannya, tetapi kerana mengikut sunnah Rasul SAW. Ada banyak lagi hadis lain dan telah dijelaskan oleh ulama sebelum ini. Sebenarnya ada 6 hadis yang jelas dan disokong hadis-hadis lain yang membenarkan berpuasa di bulan Rejab. Apa yang menjadi makruh adalah berpuasa sebulan penuh seperti yang disebut oleh Imam Syafie. Ini kerana takut-takut ada orang jahil yang beranggapan wajib berpuasa penuh di bulan Rejab. Imam 3 mazhab yang lain juga setuju boleh berpuasa di bulan haram. Imam Hambali pula berkata boleh jika ingin berpuasa penuh di bulan Rejab, perlu puasa penuh di bulan Syaaban juga. Saya minta maaf kerana tidak bersetuju dengan orang yang mengatakan haram berpuasa di bulan Rejab. Ibnu Umar, anak Sayyidina Umar, berpuasa penuh empat bulan haram. Begitu juga dengan Hassan Al-Basri, ketua para tabi'in, orang yang sangat alim dan para alim ulama yang lain, mereka semuanya bersungguh-sungguh mengamalkan puasa di bulan Rejab.

S: Ketika berlaku Isra' & Mikraj, Nabi SAW melihat seksaan beberapa golongan di neraka. Mohon ustaz ulang beritahu tentang hukuman di neraka untuk orang yang tinggalkan solat, dedah aurat dan pemimpin yang tidak memikul tanggungjawab.
J: Persoalan ini akan dikupas lebih lanjut dalam tajuk Isra' & Mikraj akan datang. Secara ringkasnya, hukuman orang yang tidak solat, berdasarkan hadis yang tidak begitu kuat, menyatakan bahawa orang itu akan memukul kepalanya dengan batu sehinga pecah berderai. Kemudian kepalanya bercantum semula dan dia mengulang memukul kepalanya ke batu. Bagi orang yang membuka aurat pula, dadanya akan disangkut pada cangkuk. Bagi pemimpin yang tidak amanah pula, dia akan meminta bebanan untuk dipikul walaupun dia tidak mampu.

S: Bagaimana untuk mengejar pahala akhirat tanpa menyisihkan dunia?
J: Islam tidak pernah menyuruh kita meninggalkan dunia sepenuhnya. Dunia ini adalah tempat kita 'bercucuk tanam'. Oleh itu, usahakan agar segala yang kita lakukan di dunia ini menjadi ibadah. Contohnya: Pekerjaan yang Siti dan Pian lakukan, mungkin dengan membaca sepotong hadis boleh menggerakkan hati seseorang kembali kepada Islam. Begitu juga dengan kerjaya lain seperti guru, peniaga yang jujur dan sebagainya. Apa yang penting ialah niatkan perkerjaan itu semata-mata kerana Allah, pastikan ianya tidak menyalahi syariat dan pastikan pekerjaan itu memberi kebaikan kepada orang lain. Satu benda yang sangat penting untuk kita ingat ialah niat. Niat boleh mengubah sesuatu amalan itu menjadi hanya untuk dunia atau juga akhirat. Kadang-kadang sesuatu amalan itu zahirnya nampak dunia, tetapi jika diniatkan untuk akhirat akan menjadi amalan di akhirat. Sebagai contoh, tadi sebelum saya sampai ke sini, saya nampak polis trafik yang mengawal lalu-lintas. MasyaAllah besarnya sumbangan mereka kepada masyarakat. Mungkin tanpa mereka dan dengan izin Allah, boleh jadi saya tiba lewat ke IKIM dan boleh mengganggu urusan perkongsian ilmu kita semua. Ada juga amalan yang nampak seperti amalan akhirat tetapi cuma mendapat faedah dunia kerana niat yang tidak betul. Contohnya, jika seorang penceramah agama yang berniat mencari populariti, atau mencari pengikut melalui ceramah yang diberikan. Oleh itu kita perlu jaga niat agar ikhlas kerana Allah dalam apa jua perkara kebaikan yang dilakukan.

S: Pada malam Rejab, saya menerima satu mesej yang mengatakan ada satu hadis Nabi SAW yang menyebut jika kita berpuasa selama 2 hari di awal bulan Rejab akan mendapat pahala beribadah selama 2 tahun. Jika kita menyebarkan dan mengingatkan orang lain pula, kita akan mendapat pahala beribadah selama 80 tahun. Benarkah kenyataan ini?
J: Jika kita mengaji tentang hadis, apabila amalan yang sedikit dijanjikan dengan ganjaran yang melampau-lampau, itu tandanya hadis itu hadis maudu'. Tetapi secara ikhlas, saya tidak tahu martabat hadis ini, jadi saya perlu membuat rujukan nanti. Walaupun jika ada yang menghukum yang hadis ini hadis daif atau maudu', mungkin pada maknanya ada kebenaran. Ini kerana jika Alllah ingin mengurniakan pahala, lebih daripada itupun Allah boleh beri bergantung pada niat pengamalnya. Sebagai contoh, dalam hadis sahih, Nabi SAW menyarankan agar kita tidak meninggalkan solat sunat subuh ianya merupakan solat sunat yang Nabi SAW lebih cintai daripada apa yang ada di dunia dan isinya. Jika kita sudah biasa mengamalkannya, dan jika tertinggal, kita boleh mengqada'nya.

S: Bolehkah jika setiap kali minum, saya amalkan membaca Al-Fatihah, kemudian saya berdoa memohon agar Allah tetapkan iman, murahkan rezeki, panjangkan dan berkatikanlah umurku, matikanlah aku dalam iman dan dalam kalimah 'La ila ha illallah Muhammadarr Rasulullah'?
J: Amalan ini sangat bagus dan teruskan dan doakan kami juga agar dapat beramal sebegini.

S: Bolehkah kita tunaikan solat sunat seperti solat sunat Fajar jika kita masih ada sembahyang fardhu yang belum diqada'?
J: Mengikut Sheikh Nuruddin, dalam pendapat muktamar mazhab Syafie, tidak boleh melakukan solat sunat sebelum habis mengqada' solat fardhu. Solat yang wajib jika ditinggalkan berdosa, tetapi solat sunat tidak mengapa jika ditinggalkan. Menurut Sheikh Nuruddin lagi, ada pendapat ulama' terkemudian yang mengatakan, jika seseorang itu masih mempunyai hutang solat dan telah diancam hukum bunuh, maka pada ketika itu boleh jadi haram jika dia mengerjakan solat sunat. Dia perlu mengqada' solat fardhu dahulu. Ada juga ulama lain yang membenarkan untuk solat sunat walaupun masih berbaki solat fardhu yang belum diqada'. Untuk mengqada' solat, dahulukan solat yang terlebih dahulu ditinggalkan. Qada' itu dianggap sebagai hutang kepada Allah, jadi perlu kita langsaikan.

KESIMPULAN

Mukmin yang baik, hari ini adalah lebih baik daripada semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini.
Saya ingin berkongsi sedikit beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab iaitu Isra' Mikraj, Hijrah pertama ke Habsyah, perang Tabuk dan pembebasan Baitul Maqdis oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi dan yang paling menarik, Imam kita iaitu Imam Syafie lahir dalam Rejab.
Sebenarnya saya ada menulis satu risalah amalan Bulan Rejab yang terperinci. Mohon maaf tiada kesempatan waktu berbicara tentangnya disini.

Saya bacakan satu bait syair Arab yang bermaksud,
“Putihkanlah buku Rejab lembaran catitanmu yang hitam itu dengan amalan soleh yang menyelamatkan daripada nyalaan api.
Rejab termasuk bulan-bulan yang haram.
Sesungguhnya tidak akan rugi orang-orang yang berdoa kepada Allah.
Berbahagialah hamba-hamba yang mensucikan segala amalan dan cegahkanlah dirimu daripada kekejian dan kebimbangan.
Berbuatlah amal semahunya.
Beristighfar dan berdoa banyak-banyak."

Satu doa yang kita semua jangan tinggal setiap pagi dan petang sebanyak 70 kali ialah:
"Allahummaghfirli warhamni watub 'alayya"
"Ya Allah ampunilah aku, rahmatilah aku dan terimalah taubatku."

Sebagai penutup saya inginkan ceritakan kisah seorang yang sakit dan tiada harapan sembuh.
Lalu dia berdoa, “Ya Allah, jika ditakdirkan aku mati, matikan aku dalam bulan Rejab.”
Orang pun jadi hairan dan bingung mendengar doa sedemikian.
Lalu dia menjawab, “Aku mendengar siapa yang meninggal dalam bulan Rejab, akan diampunkan dosanya.”
Permintaannya dimakbulkan dan InsyaAllah semoga dosanya diampunkan Allah SWT.

Ustaz Muhadir Hj Joll
Topik Jumaat IKIM 010612


Sumber : Bulan Rejab & Kelebihannya

Wallahu a'lam.

Save Me

I have nothing but your generosity to put my hope in.

Nothing.
For I stand at Your door holding broken scraps
And yet you open
Save me from this storm
I am the most helpless of all your slaves.

And I'm lost
Wandering in the middle of a forest trying to find my way
But all the trees look the same
And each path just leads back to the beginning
No one finds their way out of this forest
Except whom You save.

Save me. For truly, truly I cannot save myself.

YM
151011


Rule of Bargainning

Don't give anything without taking something in return.
Give things you can afford to lose.
Only take the things that you want.

Well, that is from business point of view.

BUT

Allah gives yet He does not ask anything for it.
He just wants to test our level of gratitude towards Him.
Sometimes, He takes back in order for us to give.
Give the things that we have not given to Him.

That does differ from the treat of Allah and humans.

Wallahu a'lam.


Ya Allah, cukupkanlah kami dengan rezeki yang halal
sehingga kami tidak tamak kepada perkara-perkara yang haram.
Juga sempurnakanlah kami dengan segala kelebihan pemberianMu
sehingga kami tidak mengharapkan kepada selain daripadaMu.
Aminnn ya Rabbal 'alamin.

Friday 10 May 2013

Satu Cinta

Ya ghaffar
Ighfirlana zhunubana
Watub 'alaina
Wa'fu'anna
Ya Maulana.

Oh Tuhanku
Engkau dengarlah rintihanku
Di waktu keheningan malam
Engkau terimalah bisikanku
Di waktu keseorangan
Engkau kabulkanlah doaku
Walaupun aku tidak pandai memohon.

Aku hambaMu yang hina ini
Datang kepadaMu di waktu kegelapan malam
Mengadu segala kesalahan
Memohon dengan rahmatMu
Keampunan dan kemaafan dipinta.

Aku datang kepadaMu
Menyerah diri dengan penuh penyesalan
Aku tersungkur ke hadratMu Tuhan
Menyerah diri dengan penuh kehinaan
Oh... Tuhan.

Sudah aku bersungguh beramal
Namun banyak cacat celanya
Bahkan kuanggap derhaka
Ditambah lagi dengan dosa-dosa
Jauhariku yang belum dapat aku tinggalkan
Tuhan...
Sebenarnya aku tersiksa dengan dosa
Jiwaku tidak tenang dengan segala kesalahan
Kerana itulah aku datang kepadaMu
Memohon keampunan.

Ampunkanlah aku Tuhan
Kalau Engkau tak ampunkan
Hidupku sudah tiada erti apa-apa lagi
Kaya pun tiada guna
Apatah lagi miskin papa
Segala yang aku miliki
Sudah tiada nilainya
Hidupku tiada berguna.

Aku datang kepadamu
Menyerah diri dengan penuh penyesalan
Aku tersungkur ke hadratMu Tuhan
Menyerah diri dengan penuh kehinaan
Oh... Tuhan terimalah
Aku kan hambaMu.

Hasnul Jamal


Epilog Silam

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan...
Beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku?

Tuhan...
Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...
Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari.

Tuhan...
Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...
RahmatMu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur.

Kini kukembali padaMu
Mengharap maghfirah dariMu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih padaMu
Kerna kuyakin kasihMu
Kekal tiada sudahnya.

Tuhan...
Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...
Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari.

Tuhan...
Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...
RahmatMu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur.

Kini kukembali padaMu
Mengharap maghfirah dariMu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih padaMu
Kerna kuyakin kasihMu
Kekal tiada sudahnya.

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan...
Beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku?

SM Ibrahim, Haikal


Wednesday 8 May 2013

Selamatkan Aqidah


Ayuh kita bersama
Satu hati suara
Meluahkan rasa gundah di jiwa
Gejala melanda akidah umat di cabar
Marilah kita pertahankannya.

Bersatu suara dan satu usaha
Bergandingan tangan menggapai cita
Tiada mustahil jika ummahnya
Teguh bersama
Dengan keizinan Allah Yang Maha Esa.

Andainya warga bersatu
Kan gentar seteru
Angin sengketa pun tak kan mampu bertiup
Keimanan yang utuh
Tidak kan mudah runtuh
Biarpun dihasut
Musuh-musuh agama.

Mantap Aqidah
Kukuh Agama
Perkasa Ummah
Teguh Negara
Bersatu Jiwa
Tak kira warna kulit dan bangsa
Erti bersaudara.

Marilah kita bersama zahirkan
Rasa keperihatinan
Dalam usaha selamatkan
Aqidah Ummah.

Atie


Tuesday 7 May 2013

Mana Milik Kita?

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya.

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya.

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaanNya.

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya.

Mana kita punya?
Tidak ada kepunyaan kita.

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada.

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya.

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya.

Mengapa kita sombong?
Memiliki Allah punya.

Mengapa tidak malu?
Kepada Allah yang empunya.

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya.

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya.

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa.

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisiNya
Yang sebenarnya Allah punya.

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga.

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa.

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepadaNya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya.

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya.

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya.

Rabbani


"Bagaimana saya ingin memastikan tidak ada perasaan riak dalam diri semasa melakukan sesuatu kebaikkan?"
"Mengapa perlu ada rasa riak kerana ini kan semua Allah yang punya."

Wallahu a'lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...