Halwa Telinga

Monday 28 January 2013

Rehat yang Sebenarnya

Peringatan tentang umur insan.
Umurmu sebenrnya sangatlah pendek jika ingin dibandingkan dengan masa hidupmu di akhirat kelak.

"Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?"
"Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari"
"Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja.
Kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)"
(Surah al-Mu'minun 23 : 112-114)

Ramai yang mengatakan bahawa pengakhiran hidup ialah mati.
Sebenarnya, mati ialah permulaan hidup yang tidak mati-mati lagi.

Ingatkan pada diri, kematian tidak akan datang pada waktu dan tahun tertentu.
Yang jelas, ia pasti akan datang.
Maka, persiapkanlah bekalan kita menuju destinasi terakhir.
Moga kita dapat sampai dengan selamat.

Apabila hati kita tergerak untuk melakukan kebaikkan, bersegeralah melakukannya.
Kerana pada saat itu, Allah memberikan kita peluang untuk mendekatiNya.
Tetapi jika kita menunda-nunda untuk beramal.
Dan kematian datang di waktu yang kita tidak sangkakan.
Maka, kita akan menyesal dengan penyesalan yang tidak akan berpenghujung.


Jangan panjang angan-anganmu, kelak nanti engkau akan berat untuk beribadah.
Pujuklah hati kita dengan kata-kata :
"Pagi ini aku akan beribadah meskipun berat, siapa tahu nanti malam aku mati.
Malam ini aku akan bersabar untuk beribadah, siapa tahu esok aku mati."


Mohonlah padaNya dengan doa, "Ya Allah, rezekikanlah aku istiqamah".
Istajibbillah humma do'a ana. Allahuma amin.

Ingat. Istiqamah itu pun rezeki.

***

"Wahai bapaku, bilakah masanya kita betul-betul akan berehat?",
tanya Abdullah bin Ahmad kepada bapanya iaitu Imam Ahmad bin Hanbal.
"Kita hanya betul-betul boleh berehat apabila kaki kita sudah melangkah masuk ke dalam Syurga.",
jawab Imam Ahmad bin Hanbal kepada anaknya sambil memandang lembut ke dalam mata anaknya.
Jawapan tersebut sarat dengan makna dan hikmah.


Mudah-mudahan semakin rapat.
InsyaAllah.

Wallahu a'lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...