Halwa Telinga

Monday 7 January 2013

Indahnya Cahaya Itu

Sekian lama hidup di kegelapan,
Teraba-rabaku dalam mencari cahaya
Entah kemana diri ini pergi
Membawa haluan tanpa disedari
Hampir sahaja aku berputus harap
Kerana perhentianku hanyalah gelita.

Namun, kerana hati membisikkan kekuatan
Lantaran aku menguatkan iltizam
Meneruskan perjalanan
Mendaki, mencuba tanpa henti.

Nun jauh di sudut kecil itu
Ada cahaya menerangi
Gembira hatiku ini tak terungkap rasanya
Lantas kaki menderap langkah
Menuju ke arah cahaya itu.

Aku melihat, membuka, menghadam, dan memahami selok-beloknya
Oh... Itulah rupanya cahaya yang menerangi cahaya.

Sungguh janjiku pada diri ini
Tidak lagi aku mahu pergi jauh darinya
Kerana aku tahu
Hakikat indahnya cahaya yang kujumpa ini
Sungguh indah...

NW
161012
1725




Bilamana hidayah Allah datang menerpa, tiada siapa yang dapat menyangkal.
Bagaimana Allah boleh memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki.
Begitu juga Allah boleh mengurniakan hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendaki.
Dengan kerendahan hati, pohonlah hidayahNya pada yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Wallahu a'lam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...