Halwa Telinga

Tuesday 8 January 2013

Ilmu Penerang Hati, Pelita Hidup

Ilmu Allah itu Maha Luas
Tiada sempadan
Yang mencari, yang dicari, yang tercari
Jawapannya ada dalam pengetahuanNya
Andai dia mahu dunia, maka berilmulah
Andai dia mahu akhirat, maka berilmulah
Andai dia mahu dunia dan akhirat, maka berilmulah.

Dengan ilmu, dia mengangkat darjatnya
Ke tahap mereka yang cakna ilmu
Kerana mahukan cakna itu
Dia perlu bercinta
Cinta ilmu yang perlu dia cari
Carinya perlu berlanadaskan niat
Niatnya lillahi ta'ala
Baru hidup terasa nikmat
Nikmat dengan ilmu yang diperoleh
Baru cinta dapat dizahirkan
Zahirnya dengan tindakan
Tindakannya yang berlandaskan syariat dan sunnah
Bukan lagi jahiliyyah
Kerana tamsilan ilmu itu umpama pelita
Pelita yang menerangi hidup dia
Menerangi hatinya
Lalu teranglah kehidupannya.

Indahnya ilmu Allah itu
Hanya dia, pencari ilmu sahaja yang tahu.

NW




Belajarlah ilmu apa pun, yang penting ikhlas kerana Allah, untuk mencari redha Allah yang hakiki.
Semakin banyak ilmu yang kita pelajari, tawadhu'kanlah diri.
Sedarilah, Allah Maha Mengetahui yang mana pengetahuanNya meliputi segala.
Jangan bangga dengan ilmu yang kita punya.
Jangan hina mereka yang kurang ilmunya.
Sebaliknya, kita perlu melengkapkannya.
Itulah akhlak yang terpuji.

Wallahu a'lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...