Halwa Telinga

Saturday 9 February 2013

Jemaah Syurga itu Kamu!


Ada orang merindui kamu
Walau dia tidak pernah bertemu
Kerana cinta dan kasihnya kepadamu
Lalu, dia menyatakan rindu
Dia bertanya di mana kamu?
Itu rindu Nabi Muhammad kepada dirimu
Di hadapan sahabat-sahabat agung
Dirimu masih menjadi sebutan di bibirnya
Ada orang jauh menunggu yang dekat
Mahu bertemu diri yang satu
Jemaah Syurga itu kamu!

Smile


Pesan saya buat diri dan sahabat sekalian, buatlah sesuatu ikhlas kerana Allah.
Hanya mengharapkan redha Allah semata-mata.
Kerana apabila kita ikhlas, maka kita akan dapat merasai nikmat manisnya amalan itu.
Apabila kita ikhlas, kita akan berusaha bersungguh-sungguh
untuk mempersembahkan amalan yang terbaik kepada Allah SWT.
Sesungguhnya, sebaik-baik amalan yang diterima Allah ialah amalan yang disertai dengan keimanan.

***

Mari refleksi dan tanyakan pada hati :-
Seandainya kita melakukan sesuatu untuk mendapatkan pahala dan Syurga.
Apakah amalan kita masih akan sama jika pahala dan Syurga tidak ada?

Maka, lakukanlah sesuatu ikhlas kerana Allah.
Dan hanya ingin mendapatkan keredhaanNya.
Hanya kerana apabila Allah redha dengan kita, maka Allah akan memberikan kita pahala.
Dan sesungguhnya, pahala yang paling baik di sisi Allah ialah Syurga.

***

Firman Allah :
Sesiapa yang beramal soleh, baik lelaki mahupun perempuan, sedang ia beriman,
maka sesungguhnya Kami akan hidupkan dia dengan kehidupan yang baik;
dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka,
dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang telah mereka kerjakan.
(Surah An-Nahl 16 : 97)

Ingatlah bahawa sesungguhnya janji Allah itu pasti.
Yakinlah hanya pada Allah.
Takutlah hanya pada Allah, jika benar kamu orang-orang yang beriman.


Wallahu a'lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...