Halwa Telinga

Saturday 18 May 2013

Semulia-mulia Mukjizat Dianugerahkan kepada Semulia-mulia Makhluk SAW

Di antara perkara yang wajib kita imani dan yakini ialah Allah meneguhkan para Nabi dan Rasul AS dengan kurniaan mukjizat untuk memuliakan dan memebenarkan seruan mereka.

Hal ini ditegaskan oleh ulama' Ahli Sunnah wal Jama'ah sebagaimana perkataan mereka :
"Para Rasul AS diperkuatkan dengan beberapa mukjizat kerana kemuliaan mereka dan sifat ma'sum yang Allah, Tuhan Pencipta kurniaan kepada setiap mereka (para Nabi dan Malaikat) adalah wajib."

Sepertimana yang kita sedia maklum, disisi Ahli Sunnah wal Jama'ah, Rasulullah SAW merupakan semulia-mulia mkhluk.

"Makhluk yang paling utama secara mutlak ialah Nabi kita SAW, maka berpalinglah daripada bantahan."

Maka sudah tentulah, Baginda SAW dikurniakan dengan semulia-mulia dan sehebat-hebat mukjizat melebihi mukjizat para Nabi dan Rasul yang lain. Ulama' menyatakan :
"Dan mukjjizat Nabi Muhaamad SAW itu banyak dan terang. Di antaranya ialah Kalamullah (al-Quran) yang melemahkan manusia."

Ramai cendekiawan Islam membahaskan tentang kelebihan mukjizat Rasulullah SAW di dalam kitab-kitab mereka. Di antara mereka ialah Imam Syafi'i RA. Beliau telah membahaskan perkara ini berdasarkan persoalan yang dikemukakan kepadanya di dalam majlis-majlis pengajiannya. 

Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammad

Syeikh Datuk Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...