Halwa Telinga

Saturday 30 March 2013

Khutbah Saidina Umar RA

Diriwayatkan bahawa Saidina Umar RA menangis selepas mendengar berita kewafatan Rasulullah SAW dan berkata :

Demi ibu dan ayahku yang menjadi tebusan, wahai Rasulullah SAW!
Sebelumnya engkau berkhutbah dengan bersandar di batang kurma.
Tetapi setelah orang ramai, engkau berkhutbah pula di atas mimbar supaya mereka dapat mendengarnya.
Lantas, menangislah batang kurma tersebut kerana perpisahan denganmu.
Sehinggalah engkau meletakkan tanganmu di atasnya, barulah tangisnya reda.
Maka, umatmu lebih patut menangis dan meratapi atas pemergianmu meninggalkan mereka.

Demi ibu dan ayahku yang menjadi tebusan, wahai Rasulullah SAW!
Sesungguhnya telah sampai kelebihanmu disisiNya bahawa mentaatimu bermakna mentaatiNya.

Maka Allah SWT berfirman :
من يطع الرسول أطاع الله
"Sesiapa yang mentaati Rasul, maka sesungguhnya dia mentaati Allah."

Demi ibu dan ayahku yang menjadi tebusan, wahai Rasulullah SAW!
Sesungguhnya telah sampai kelebihanmu disisiNya bahawa
Dia telah mengkhabarkan kepadamu
tentang keampunanNya terhadapmu
sebelum mengkhabarkan kepadamu tentang kesalahanmu.

Allah SWT berfirman :


Demi ibu dan ayahku yang menjadi tebusan, wahai Rasulullah SAW!
Sesungguhnya telah sampai kelebihanmu disisiNya  bahawa
Dia telah membangkitkanmu sebagai nabi yang terakhir
tetapi telah menyebutmu sebagai nabi yang terawal.

Allah SWT berfirman :


Demi ibu dan ayahku yang menjadi tebusan, wahai Rasulullah SAW!
Sesungguhnya telah sampai kelebihanmu disisiNya bahawa
ahli neraka mengharapkan agar mereka diberi peluang sekali lagi untuk mentaatimu,
sedangkan mereka sedang berada di dalam tingkatan api neraka.

Dan mereka berkata :


Demi ibu dan ayahku yang menjadi tebusan, wahai Rasulullah SAW!
Sekiranya Nabi Musa ibn 'Imran AS telah dianugerahkan oleh Allah SWT daripada batu terpancutnya mata air.
Maka apakah yang lebih menakjubkan daripada terpancutnya air dari jari jemarimu.

Demi ibu dan ayahku yang menjadi tebusan, wahai Rasulullah SAW!
Sekiranya Nabi Sulaiman ibn Daud AS telah dianugerahkan oleh Allah SWT kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya;
sepagi perjalanannya adalah sama perjalanan biasa sebulan
dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan.
Maka, apakah yang lebih menakjubkan daripada Buraq
ketika engkau menunggang diatasnya berjalan ke langit yang ketujuh.
Kemudian, engkau solat Subuh di Makkah.

Demi ibu dan ayahku yang menjadi tebusan, wahai Rasulullah SAW!
Sekiranya Isa ibn Maryam AS dianugerahkan oleh Allah SWT dapat menghidupkan orang yang telah mati.
Maka, apakah yang lebih mengajaibkan daripada kambing yang diletakkan racun berkata-kata denganmu sedangkan ia telah dipanggang.

Maka, berkata peha kambing itu kepadamu :
لا تأكلني فإني مسمومة
"Janganlah tuan memakanku kerana aku telah dibubuh racun."

Demi ibu dan ayahku yang menjadi tebusan, wahai Rasulullah SAW!
Sesungguhnya Nabi Nuh AS telah mendoakan kebinasaan kaumnya dengan katanya :


Sekiranya engkau berdoa ke atas kami dengan doa seperti itu,
nescaya kami semua telah binasa.
Sesungguhnya belakangmu telah dipijak,
mukamu telah dilukai,
dan gigimu telah patah kerana mereka.
Namun, engkau enggan berdoa melainkan dengan doa yang baik.

Lalu engkau mendoakan :
اللهم اغفر لقومي فإنحم لا يعلمون
"Ya Allah ya Tuhanku! Ampunilah umatku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui."

Demi ibu dan ayahku yang menjadi tebusan, wahai Rasulullah SAW!
Sesungguhnya engkau mempunyai ramai pengikut
dalam tempoh dakwahmu yang singkat
dan umurmu yang pendek.
Tetapi, Nabi Nuh AS mempunyai pengikut yang sedikit
dalam tempoh dakwahnya yang lama
dan umurnya yang panjang.


Sesungguhnya telah ramai yang beriman denganmu dan tidaklah yang beriman dengan Nabi Nuh AS melainkan hanya sedikit.

Demi ibu dan ayahku yang menjadi tebusan, wahai Rasulullah SAW!
Sekiranya engkau tidak duduk melainkan dengan orang yang sekufu (sama taraf) denganmu,
nescaya engkau tidak duduk bersama kami.
Sekiranya engkau tidak bernikah melainkan dengan orang yang sekufu denganmu,
sudah pasti engkau tidak bernikah dengan perempuan-perempuan kami.
Dan jika engkau tidak mewakilkan urusanmu melainkan kepada orang yang sekufu denganmu,
sudah pasti engkau tidak akan mewakilkan kepada kami.
Sesungguhnya engkau, demi Allah!
Duduk bersama kami.
Menikahi perempuan-perempuan dari golongan kami.
Dan mewakilkan kepada kami.
Malahan, engkau juga memakai pakaian dari bulu kambing.
Menunggang keldai, mereka menunggang di belakangmu.
Engkau meletakkan makananmu di atas tanah.
Dan menjilat-jilat jari-jarimu setelah makan kerana sifat tawadhu'mu.

(Khutbah ini disebut oleh Imam al-Ghazali dan Ibn al-Haj di dalam al-Madkhal.)

Syeikh Datuk Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki


Yang percaya hanyalah mereka yang merindu.
Namun yang merindu hanyalah mereka yang berselawat.
اللهم صل على محمد وعلى ال محمد وصحبه وسلم.
Hanya selawat pengikat kasih.

Wallahu a'lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...