Halwa Telinga

Sunday, 1 November 2015

Saat Lafaz Sakinah

Dulu esakkannya sandar dibahuku
Tangisannya kini kuserah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu.

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya.

###

"Amboiii. Semangatnya nyanyi lagu 'Saat Lafaz Sakinah' tu. Dah nak kahwin dah ke?"

"InsyaAllah, lepas habis belajar ni. Dapatlah kahwin. Awak doakan la saya." 

"Owh. Berita gembira ni. InsyaAllah, saya doakan awak."

"Amboiii, cik kak. Tahu lah dah nak kahwin. Senyum sampai ke telinga. Udah-udah le tu."

"Saya jadi excited bila dengar orang cakap bab-bab kahwin ni."

"Ye. Tahu awak excited. Tapi, bersederhana je dah lah. Kan lebih baik?"

"Okay. Bereh boh!"

"Kenapa awak excited sangat ea bila dengar orang nak nikah ni?" 

"Entahlah. Sebab saya pun nak bernikah dah kot."

"Jawapan beras jenama bernas."

"Ye. Tahu awak perli saya. Tapi, saya taktahu lah. Memang mood excited tu datang sendiri. Mungkin sebab saya tengok kehidupan selepas berkahwin tu seronok kot. Ada teman. Dapat baby. Kalau kita merajuk, ada orang pujuk. Kalau ..."

"Amboiii. Dah. Stop it. Jauh benor fikirnya. How can you claim that all taken are happy?"

"Haritu saya ada jumpa sorang kakak ni kat shopping mall. Interview lah dia kejap. Guane perasaan bila dah nikah. Dia kata okay. Seronok. Tenang. Ha. Sebab tu la saya pun suka."

"Then, awak nak cakap yang awak hidup bersama dengan keluarga awak sekarang ni tak tenang? Tak bahagia? Macam tu?"

"Itu keluarga. Lain. Ini orang luar. Lain. Tiada hubungan darah."

"Okay. Pernah tak awak fikir kalau perkahwinan yang awak rancang tetiba tak jadi? Contoh, pasangan awak cari lain ke? Atau bila dah kahwin, dia pasang spare tyre ke? Ataupun, sebelum awak diijab qabulkan, ajal pasangan awak sampai dulu ke? Apa yang akan terjadi pada awak nanti? Pernah tak fikir?"

"Eh. Awak ni, jangan la cakap macam tu. Jangan la fikir yang negative. Saja je nak buat saya sedih kan."

"Tak. Saya bukan nak suruh awak fikir yang negative. Saya bukan nak suruh awak sedih. Saya cuma nak awak jangan terlalu excited. Dan jangan terlalu bergantung pada seseorang lebih-lebih. Bersederhana. Itu yang terbaik. Saya tak nak kalau apa-apa jadi kat awak nanti, awak sedih, kecewa. You will be affected emotionally, mentally and physically. And it is not good for you. So, you have to be ready on future that might come. Macam yang kita belajar, setiap sesuatu plan or budget that we have made have their own risks and uncertainties. And we have learnt how to deal with them, right? Apply it in your daily life, dear."

"Baikkk. Awak ni buat luntur mood saya je."

"Okay. I knew. It's my bad. Sorry. I didn't mean to. I just thought for any consequences that may come. We won't know. But, we must pray for the best. And hold on to Him for Him is the best planner."

"Ye. Saya maafkan awak."

"Terima kasih. And thousand apology from me."
"Kalau saya cakap yang awak dah bernikah. Will you trust me?"

"Tak. Sebab saya dah khabar tadi kan, saya nikah lepas habis belajar ni. Macam mana pulak boleh jadi saya dah bernikah? Memandai je awak."

"Iya. Tahu. Saya ingat. Awak nikah lepas habis belajar. Tapi, yang ni betul-betul punya. Awak dah bernikah! Sungguh!"

"Yeke? Guane tu?"

"Sebenarnya setiap dari kita dah pun bernikah sejak dari sebelum lahir lagi. Cuma kita sedar ataupun tak je. Lafaz sakinah kita diijabkan Allah dengan kalimah 'kun fayakun'. Diqabulkan Muhammad SAW pula dengan lafaz 'lailaha ilallah'. Mahar kita adalah solat lima waktu. Pelamin kita adalah dunia. Pengapit kita adalah al-Quran dan as-Sunnah. Rumah kita adalah JannahNya. Indah kan pernikahan kita?"

"Indah. Saya pun tak pernah terfikir."

"Barangsiapa yang sudah merasai kemanisan pernikahan ini, nescaya dia pasti tidak akan ada rasa nak bernikah lagi."
"Macam kisah Rabiatul Adawiyyah RA. Betapa ramai jejaka yang masuk meminangnya. Tetapi, semuanya ditolak meskipun orang tersebut ialah ulama' yang 'alim, zuhud, berharta, baik."
"Rabiatul Adawiyyah RA pernah menyatakan bahawa dia akan bernikah sekiranya mereka yang mahu menikahinya itu mampu mencari jalan bagi mengeluarkan, menyelamatkan dan mengubatinya daripada tiga kerisauan dan dukacita yang dihadapi."
"Pertama, saat malaikat maut mencabut nyawanya, apakah mereka dapat menjamin dirinya dapat menghadap Allah dengan keimanan yang sempurna?"
"Kedua, sejurus berada di padang Mahsyar, dapatkah mereka dapat memastikan dirinya menerima buku amalan sepanjang kehidupan dengan tangan kanan?"
"Ketiga, selepas hisab di padang Mahsyar, golongan yang soleh akan dimasukkan kedalam Syurga. Manakala golongan yang kufur dihumban kedalam neraka. Apakah mereka dapat menjamin dirinya berada di Syurga?"
"Maka, siapa lagi yang dapat memberi jaminan?"

"Allah."

"Begitulah teguhnya pendirian Rabiatul Adawiyyah RA. Hidupnya sentiasa dihiasi rasa takut akan hal-hal akhirat. Menurutnya, apakah perlunya lagi suami, kerana bersuami itu akan menghadkan masanya bersama Allah. Itulah kerugian yang tak dapat dia leburkan. Rabiatul Adawiyyah RA, rasa cinta dan rindunya kepada Allah beratus kali ganda lebih hebat daripada kita."

"SubhanAllah.", 
"Tapi, dia kan wali Allah. Kita ni biasa-biasa je."

"Ye. Sebab kita ni biasa-biasa la kena jadi luar biasa."
"Saya beri contoh Rabiatul Adawiyyah RA sebab nak tunjukkan kat awak betapa seluruh hidupnya diletakkan hanya pada Allah. Tiada lelaki lain. Tak pernah ada hasrat pun ingin bernikah. Tak macam awak. Bila orang sebut bab nikah, excitednya kemain lagi."
"Jadi, masih ada lagi simpan keinginan nak bernikah?"

"Entahlah."

"Nikah je la. Nabi SAW pun bernikah. Dan baginda suka melihat umatnya yang ramai. Jadi, bila dah bernikah, kena la letakkan strategy. Kena pilih landasan yang betul. Kukuhkan tapak. Barulah utuh pembinaan kita."

"Landasan dan tapak yang macam mana?"

"Kena la berlandasakan al-Quran dan as-Sunnah. Kena ada matlamat untuk membantu antara satu sama lain. Nak jadi baik sama-sama. Jaga hubungan sama-sama. Awak kena ingat, bila awak dah nikah nanti, tanamkan dalam hati awak tu, bahawa awak kena menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan. A woman dreams for a perfect husband. A man dreams for a perfect wife. But they don't realize that, Allah created them to complete each other."
"Bila ada salah sorang buat salah, tegur la yang sebetulnya. Sama-sama nak jadi baik kan? Yang penting, sama-sama sudi untuk ditegur dan menegur. When something was broken, don't throw it away. But, repair it."
"Sayangilah hubungan yang terbina. Lumrah hidup manusia kan. Ada masa bangun dan ada masa jatuh. Pasti akan ada satu masa konflik yang mungkin kita tak dapat nak tanggung. Masa tu doa banyak-banyak pada Allah. Mohon, berikan kekuatan, petunjuk. Dan yang paling penting, jangan pernah buat keputusan dan mengeluarkan kata-kata yang menyinggung hati dan perasaan orang lain. Ingat balik, masa mula-mula perkenalan. Ingat kembali, memori dan kenangan. Lets make one point that we meet each other with a smile when it is difficult to smile. Smile at each other, make time for each other in your family. Lets always meet each other with smile for the smile is the beginning of love."
"Islam itu indah kan. Indahnya ia bermula dari diri sendiri, kemudian keluarga, masyarakat, dan barulah negara. Nampak tak betapa pentingnya institusi kekeluargaan tu? Besar tanggungjawabnya. Love begins at home, and it is not how much we do. But, how much love we put in that action. Go home and love your family!"
"Ni lagi satu, banyak orang nak dapat anak yang ramai. Bagus. Tak salah pun ada niat macam tu. Yang penting, kenalah tahu cara nak mendidik anak. Kalau anak ramai, semuanya jadi manusia, Alhamdulillah. Tapi, kalau anak ramai, perangai semua macam hantu, Nauzubillah. Maka, didiklah anak, dan binalah rumah tangga dengan asas Nur Muhammad barulah mendapat Nur Allah. Spread the love of Allah through your life but only use word when it is necessary.", 

"Wah! Panjang awak punya ulasan. Macam dah berpengalaman je. InsyaAllah, saya cuba. Terima kasih atas peringatan dan nasihat. Akan kupahatkannya utuh di hati."

"Baguslah macam tu. Jangan lupa, kenang daku dalam doamu!"

###

Di akhir percakapan, aku bermonolog sendirian, "Perlu ke untuk aku bernikah? Mampukah aku untuk menjadi seperti Rabiatul Adawiyyah RA pada zaman sekarang ni? Allahu. Aku serahkan saja urusan itu padaMu. Aku berikan hatiku kepadaMu. Peganglah ia erat dan bimbinglah aku. Buat masa sekarang ini, biarlah namaMu dalam hatiku."

~o0o TAMAT o0o~


p/s:
Dialog aku & anis. **Bila diingat balik, oh, betapa inteleknya perbincangan kita anis! HAHA**
Dibiar tersimpan dalam draft sekian lama.
Dipublish sebab baru dapat jumpa dia haritu.
Ditulis sempena kawan baik nak bernikah.
Alhamdulillah! Sekarang, sudah selamat diijabqabulkan (Anis & Cikgu Fauzi, 131213).
Barakallahufikum.

***

Seorang guru berkongsi kata-kata seorang soleh:
"Sekiranya engkau di posisi seorang yang dinasihati,
Maka, terimalah
Meski, bentuk apapun engkau diberikan nasihat."

"Sekiranya engaku di posisi yang menasihati,
Maka, berilah nasihat dengan sebaik-baik cara."


Wassalam,
NW

Friday, 19 September 2014

Ujian

Ujian datang menimpa
Bukan sia-sia
Mungkin kerana;
Niat bukan lillah
Dosa masih menimbun
Hati belum ikhlas
Solat masih tempang
Doa belum khusyuk
Usaha belum cukup
Tawakkal masih rapuh.

Lalu diuji dengan jatuh-bangun
Untuk sedar diri
Tinggi langit dan bumi.

***

NW
2259
190914


Dan hujan yang membasahi bumi
Ibarat memahami hatiku ini.

***

Dan entri yang tidak bertajuk
Bukan saja-saja
Tetapi, seiring dengan hati
Yang tak lagi bernyawa.

Saturday, 5 April 2014

Tolonglah Hati, Tolong...

Tolonglah hati, tolong
Jangan-kau-mati!

Tolonglah hati, tolong
Jangan-kau-lemah!

Tolonglah hati, tolong
Jangan-kau-lemas!

Tolonglah hati, tolong
Jangan-kau-alpa!

Tolonglah hati, tolong
Teruskan-kau-bangun!

NW
Seremban
1656
040414


Tuesday, 14 January 2014

C.I.N.T.A

Iya, benar!
Bila kita cinta,
Cinta itu perlu di'lafaz'kan,
Agar yang dicinta ketahuan.

Iya, benar!
Bila kita cinta,
Cinta itu perlu di'makna'kan,
Agar yang dicinta ketahuan.

Dan aku jumpa satu cinta;
Yang ter'diam'kan cuma,
Itulah cinta semata!

---

Kerana aku terlalu 'khayal' bercinta.

NW
Bangi
0955
110114


Kerana kita tiada punya pilihan untuk dicinta dan mencinta,
maka teruslah bercinta dengan cinta!

Selamat bercinta, cinta!

Tuesday, 31 December 2013

Senyum

Dia sepertinya masih di tempat yang sama
Tegak berdiri di hadapan teman karibnya
Barangkali masih mencuba-cuba;
Berdiri tegak, lurus, tidak condong, tidak goyah
Sambil-sambil membetulkan sesuatu
Yang sedari tadi tidak berganjak.

Sekejap cebikkannya ke kanan
Sekejap cebikkannya ke kiri
Sekejap satu garis rata
Dan, dia akhirnya mengeluh panjang
Barangkali sudah putus asa
Atau mungkin sudah lelah.

Tiba-tiba dalam kelelahannya,
Datang seorang sahabatnya
Dengan lembut syahdunya suara, dia bertanya;
"Masih mahu lagi mencari satu senyuman menawan?"

Dan dia pun menjawab dengan suara riang;
"Bagaimana?"

Sahabatnya pun berkata;
"Senyumanmu yang paling menawan ialah tikamana
kau tersenyum dihadapan kedua-dua ibubapamu
dan, ibubapamu pun turut tersenyum bersamamu."

NW
1247
311213


p/s : Sebagai penutup hari 2013, saya akhiri dengan entri ini dengan ringkasnya mahu mengajak semua anak-anak yang masih punya ibubapa (termasuk saya), untuk sama-sama mencuba membuatkan ibubapa kita bahagia.

Friday, 27 December 2013

Maafkan Utih...

Setitik air susu yang masuk ke mulut
Besar hajat ibu nak tengok ku hidup
Air susu ibu nilai takda harga
Walau pitis beribu dengan duit berjuta.

Ku tengok muka ibu sejak muda sampai tua
Dahi kedut seribu uban putih penuh kepala
Tapi aku tahu ibu banyak jasa
Air tangan ibu seribu bau seribu rasa.

Oh ibu, oh ibu, terima kasih ibu.

Sejak kecik hingga aku dewasa
Nyamuk sekor tak bui ketik mu duk jaga
Makan minum kain baju tak bui kurang
Didik aku dengan penuh kasih sayang.

Bila besar baru aku kenal diri
Tak ternilai jasa ibu tabur budi
Tangan paha kaki sanggup jadi jamban
Rela susah diri pegho aku sorang.

Ibu yang dah tua duk perhati anak-anak
Hok dia tabur jasa bila besar dia nak tengok
Anak yang berjaya ditaruh harapan
Bekal hari tua tempat dia nak menumpang.

Oh ibu, oh ibu, jasamu kukenang.

Selama ini ibu duduk jadi hamba
Hari ini ku nak balas segala jasa
Sakit demam makan minummu kujaga
Nak bui senang hidupmu di masa tua.

Jasa baik budi ibu ku tak lupa
Walau setitik air susu mu kurasa
Nak buleh ku sorang, mu ngandung sembilan bulan
Letih penat badan mu tak ghoyak ke orang.

Ku cium tangan ibu mintak halal mintak ampun
Segala salah aku banyak sangat kalu hitung
Hari ini aku tahu nilai kasih ibu kandung
Budi dan jasa ibu setinggi-tinggi aku sanjung.

Pada anak-anak hok masih ada ibu
Tolonglah pakat tengok walau sekali sehari seminggu
Harta dia tak nak, harap kasih anak cucu
Tengok mata anak, terubatlah segala rindu.

Oh ibu, oh ibu, kusayang padamu
Oh ibu, halallah makan dan minumku
Oh ibu, oh ibu ampunkan dosaku
Oh ibu, oh ibu terima kasih ibu.


---

p/s:
Teruntuk ibu, ayah, along, dan angah yang baca blog utih ini;
utih mintak maaf atas segala salah silap utih;
terlepas kata kasar,
menyinggung perasaan,
marah tak tentu hala,
muka yang masam secuka,
terasa hati macam dia sorang punya hati yang terluka,
dan semua salah yang utih sedar ataupun tak,
maafkan utih.
ampunkan utih.
utih bukan anak yang baik.
utih bukan adik yang baik.
tapi utih cuba,
cuba untuk jadi yang terbaik untuk semua.
tolong utih sekali. ya?

utih sayang ibu.
utih sayang ayah.
utih sayang along.
utih sayang angah.
mungkin cara utih menterjemahkan sayang
ke dalam tindakan utih itu yang salah.

maafkan segala kesalahan utih.
terima kasih kerana masih lagi bersama-sama utih.
meski utih tak sempurna dan tak menyempurnakan.

Sunday, 8 December 2013

Gerimis

Gerimis;
Ianya angan dan impian
Jika aku realitikan
Apa ada yang teringinkan?

NW
2013


Thursday, 5 December 2013

Pada Kau; Hujan

Mengapa harus ada yang mem-benci-mu?
Sedang masih ada yang me-rasai-mu.

Bila kau mem-basah-kan bumi
Ramai yang mengeluh panjang
Tak boleh itu, tak boleh ini
Namun, kau masih ber-keras
Mahu menunjukkan yang jelas
Kau tak perlu di-gemas!

Ada seorang insan sepi
Di hujung penjuru dia menyepi
Dia me-lihat tiap rintik hujan
Dia men-dengar tiap lirik hujan
Dia meng-hidu tiap aroma hujan
Asyik yang mengasyikkan.

NW
2056
051213


"Some people f-e-e-l the rain, others just get w-e-t.
Feel the difference?"

Monday, 2 December 2013

kau tak adil dalam menilai si dia!

saat pipinya si dia membasah -menangis; duka, derita, kecewa, sedih, pedih
saat hatinya si dia berdarah -luka; punah, ranah, patah, hancur, lebur
saat itu juga kau menyulam senyum; gembira, bahagia, riang, girang, senang
lalu kau menghukum si dia yang menderita itu
dengan hukuman yang sangat tidak adil!

kau kata si dia itu renyah
tapi, kau kata kau teguh!

kau kata si dia itu lemah
tapi, kau kata kau kuat!

kau kata si dia itu payah
tapi, kau kata kau tabah!

saat kau jatuh sepeti ceritanya si dia
nah, baru kau tahu, nilai sebutir air mata itu apa
nah, baru kau tahu, nilai sekeping hati nan rapuh itu bagaimana.

NW
0745
021213


Eh kau

Eh kau
Hanya kerana kau melihat bibirnya terkatup kemas
Kau jangan ingat yang dia itu membosankan
Apa kau tahu yang akalnya sedang ligat melontar idea?

Eh kau
Hanya kerana kau mendapat jawab darinya sepatah dua
Kau jangan ingat yang dia itu malas bicara
Apa kau tahu yang dia sudah penat bersandiwara?

Eh kau
Hanya kerana kau ditinggikan suara tak semena
Kau jangan ingat yang dia itu sedang amarah
Apa kau tahu dia sedang mencapai lelah?

Eh kau
Bila dia tiada punya 'mood' untuk menutur kata
Seharusnya kau mengerti dia
Menembusi matanya dia
Mendalami perasaannya dia
Kau cuma perlu beri dia masa
Dia juga butuh ruang privasi!

---

Kadang tak semua benda perlu diceritakan.
Cukup sekadar punya hati yang mampu memahami.

---

Maaf untuk setiap kata yang terlepas.
Maaf untuk setiap hati yang dia gurisi
Jujur, bukan dia mahukan semua itu.

---

Eh kau
Dengarkah apa yang sedang dia menyuara?
Ah, bagaimana kau bisa mendengarnya
Jika cuma matanya yang melirik aksara.

NW
0359
011213


Entah

Mengenalinya kadang seperti mengenal satu 'orang asing'
Yang entah dari mana
Tiba-tiba sahaja dia muncul
Yang entah kenapa
Tiba-tiba sahaja dia pergi
Ah, jadi pusing aku begini!

Yang seingat aku -lah
Aku makin rasa apa itu 'cinta'
Aku makin tahu apa itu 'benci'
Aku makin kenal apa itu 'setia'.

Apakah seharusnya aku mencintai dia?
Biarkan sahaja hati ini dirobek diluka
Sepertinya insan yang tiada punya perasaan.

Apakah seharusnya aku membenci dia?
Sedang ada dari sisinya dia
Secebis kebaikkan yang dapat aku raih.

Apakah seharusnya aku menyetiakan diri untuk dia?
Walau aku tahu persis
Cerita dia bahagia mendua.

Jujurlah, jangan biarkan aku tertanya
Berikan aku tanda dan jawapan
Untuk aku terus 'fight for us'
Walau hati ini seluhurnya tahu 'I'm torn apart'.

---

Atau sebetulnya;
Aku tak perlu mengenali dia sedari awal?

Entah -lah!

NW
0414
011213


Betapa tenatnya dunia dan isinya,
Betapa kemudian kau akan sedar;
Kau sedang menangisi hal yang terlalu remeh!

Ayuh, jiwa-jiwa yang rapuh!
Kembali bersatu dan menyatu
Bara -kan kembali semangatmu!

NW

Sunday, 11 August 2013

Iman, Kutip Aku Kembali ...

Adyan meraba-raba Al-Quran mini kesayangan. Bermenung, dalam kaku. Sementara otak masih lagi ligat memutar kata-kata Ibu Halimah. Kata-kata biasa namun terasa sungguh menikam. Emosi terasa meragam, tidak menentu.

"Sedaplah Ain masak. Lain dari yang lain.", lembut sopan, ibu Halimah memuji. Adyan terdiam. Kata-kata itu tidak berbentuk sinis atau sindiran, tapi entah kenapa dia terasa yang dia bukan menantu yang baik. Bukan menantu pilihan dalam keluarga ini. Bukan terbaik dalam segala-galanya.

"Adyan belajarlah dari Ain. Mana tahu, esok-esok boleh buka restoran.", sambungnya lagi, sambil sibuk memandang tumbuhan hijaunya dari kekisi jendela dapur. Adyan sekadar melempar senyum.

"Mana boleh lawan Kak Ain, Bu.. Adyan jadi tukang basuh pinggan, boleh la!", lantas bersuara, masih lagi berwajah manis. Seulas bawang dihiris nipis-nipis. Kak Ain dari jauh mengangguk-angguk sambil cekatan mengacau kuah kari.

"Adyan.." Sergahan tiba-tiba membuatkan Adyan tersentak.

"Eh, ya?" Akurnya, sementara tangan lekas mencabut kain telekung. Melipat kemas, dan menyangkutnya semula ke penyidai kayu yang setentang dengan katil.

"Awak O...K?" Nazhif memandang, pelik. Adyan pura-pura tenang, seraya mengangguk laju. Nazhif mengeluh perlahan. Kopiah putihnya diletakkan di atas almari berkayu jati yang agak kukuh dan tinggi. Dengan sedikit menjinjat, dia lalu menyimpan Al-Quran di rak paling atas.

"Maaf..saya tak pandai masak." Adyan menunduk lemah, merebahkan punggung di atas katil.

"Adalah yang tak kena ni kan? Tiba-tiba saja?" Giliran Nazhif duduk. Bersebelah, cuba-cuba mendengar luahan.

"Memang betullah kan? Kita pasti terdorong untuk membanding-bandingkan, kalau ada dua pilihan. Awak tak rasa macam tu?" Adyan berbasa-basi. Nazhif mengangguk, setuju.

"Tapi, awak kan ada pilihan lain, Adyan.."

"Saya malu, sebab tak mampu jadi macam Kak Ain. Saya minta maaf, perasaan ni memang tak patut ada. Tapi tadi, saya rasa macam saya dibanding-bandingkan dengan Kak Ain. Saya tak..tak boleh ja..jadi macam dia!" Sebak mula menguasai suasana. Patah-patah kata makin lambat, akhirnya Adyan hanyut dalam air matanya sendiri.

"Kalau Ibu ada dua pilihan, awak pun ada dua pilihan, Adyan.." Nazhif melutut di bawah. Rasanya lebih baik dia bersemuka, dan bersetentang dengan Adyan. Adyan langsung berpaling, masih lagi serabut.

"Itu kan sifat manusia? Kadang-kadang, kita pun cenderung untuk memilih. Secara tak langsung, kita akan cuba membandingkan dua pilihan yang kita ada." Adyan masih diam membatu. Hanya esakan kedengaran, perlahan. Leleh air mata nyata masih merambu. Sesekali, dikesatnya menggunakan belakang tangan.

"Tapi Adyan..saya lebih suka soalan yang awak tanya saya dulu. Kenapa hari ni bacaan Al-Quran lebih sikit berbanding semalam? Kenapa solat semalam khusyuk, hari ini tak rasa nikmat? Kenapa semalam kita boleh bertahajud? Hari ini kita terlepas? Kenapa semalam sempat Al-Mathurat, tapi hari ni tak? Kenapa hari ni tak sempat Dhuha, tapi sebelum ni kita mampu? Itu perbandingan yang lebih bermakna, Adyan.." Nazhif kemudian diam, cuba memberikan Adyan seminit dua untuk berfikir.

"Dan..kita boleh refleks dosa-dosa kita dalam seharian. Sebab apa amal hari ni kurang. Sebab apa hati tak terasa nyaman dengan solat. Sebab apa terlewat tahajud. Sebab apa rasa tak tenang, dan jauh dengan Allah. Belenggu dosakah yang buat kita jadi macam tu, atau sebab lain?" Sambungnya kemudian. Tegas namun lembut. Wajah Adyan tampak lesu. Matanya memerah. Namun Nazhif mampu melepaskan nafas lega. Adyan kelihatan sedikit tenang berbanding tadi.

"Dan..kenapa hari ini saya terlalu sensitif dan bersangka buruk, sedangkan dah bertahun-tahun saya kenal Ibu?" Giliran Adyan menghembus nafas. Ditarik semula kali kedua, dan dilepaskan lagi.

"Hati saya yang tengah tak OK. Makna Al-Quran pun saya tak mampu hayati. Saya minta maaf.." Suara itu masih juga tidak ceria seperti selalu. Nazhif menggeleng laju.

"Bukan pada saya, Adyan.. tapi, Dia." Jari telunjuk dituding ke atas.

"Allah itu Maha Penyayang. Malam, Dia tunggu kita. Siang pun dia depakan tangan seluasnya untuk kita. Dia ada, sentiasa ada!" Air mata Adyan berlinang lagi. Taubat langsung mengiringi perjalanan hari ini. Kembali dia mengucup sejadah, menyembah kurnia agung dalam solat sunat taubat yang entah kali ke berapa.

"Iman, kutip aku kembali." Lirih sayu suara Adyan memohon kepada Allah SWT.

~o0o~ TAMAT ~o0o~


Janganlah kamu risau dengan amalan yang sedikit, tetapi, risaulah apakah amalan itu diterima Allah.
Saidina Ali RA

Wallahu a'lam.

Wassalam,
NW

Sunday, 14 July 2013

Atau Aku Sebenarnya yang Tak Adil?

DANGGG!!! Sengaja dihempaskan pintu itu sekuat hatinya. Nak menunjukkan kehadirannya pulang setelah seminggu mendapat MC dari doktor kerana demamnya yang teruk.

“Hoi! Termenung jauh nampak. Punyalah suara merdu aku bagi salam, kau tak jawab pun. Dah sampai mana? Aku masuk bilik, tutup pintu punya lah kuat sampai sederet rumah ni bergegar pun kau boleh watlek, watchill macam takde apa lak kan. Kau asal ni? Fikir pasal apa? Ada masalah ke? Putus cinta?”, sapa Haq yang kelakar melihat telatah kawannya yang terkejut apabila disergahnya tadi.

“Takde apa la. Sorry. Aku tak perasan kau masuk tadi. Aku mengelamun jap tadi.”, jawab Ihsan sambil tergelak malu dengan telatah sepontannya tadi.

“Tau dah. Kau memang macam tu. Suka duduk sengsorang. Berfikir sengsorang. Semuanya nak sengsorang. Ni kau tengah fikir apa tadi? Tanak share, post, retweet, favourite ke dengan aku? Kata kawan kan.”, giliran Haq pula ingin memeriahkan suasana. Dia tahu walaupun Ihsan mempunyai smartphone, facebook, twitter, instagram, dia bukanlah orang yang 'gila' dengan social networking sampai tak boleh lepas dari tangan. Dia tahu, Ihsan lebih suka berkongsi sesuatu yang membawa manfaat kepada semua berbanding bercerita masalah dirinya atau memberitahu perjalanan hariannya.

“Terima kasih la sebab kau sudi faham aku ni jenis yang macam mana. Nak terharu lah macam ni.”, giliran Ihsan pula untuk mengambil hati sahabatnya sebagai denda tak sedar kehadiran Haq di rumah.
“Tadi, aku fikir, kenapa Allah tak adil ea?”, sambung Ihsan lagi dengan nada yang agak perlahan, namun masih lagi dapat ditangkap bait-baitnya.

“Maksud kau?”, dengan sungguh-sungguh Haq bertanya. Dia benar-benar ingin tahu apa sebenarnya yang mengganggu fikiran sahabatnya itu.

“Yela. Kenapa Allah lebihkan hambaNya yang tak melebihkan Dia. Kan tak adil namanya tu?”, lirih Ihsan. Di hujungnya ada nada marah bercampur geram.

“Kenapa kau cakap macam tu? Kau ada masalah negara ke?”, dalam keseriusan, Haq cuba untuk berjenaka kerana dia tidak suka keadaan yang tegang. Keadaan itu boleh mematikan moodnya. Dia suka suasana yang ceria.

“Takde lah masalah negara. Saja je. Terfikir.”, jawab Ihsan tanpa tersenyum. Dia benar-benar rasa tak puas hati.

“Eleyh kau. Ada masalah nak secret recipe lak dengan aku. Pada aku la kan, Allah lah sebenarnya yang Maha Adil. Kau silap sebab kau kata Allah, pencipta kau sendiri, tak adil. Sekarang siapa yang tak adil sebenarnya? Kau ke Allah?”, Haq cuba menduga Ihsan yang kelihatan tertekan berfikir.

“Entahlah.”, jawab Ihsan ringkas. Sengaja dia tak mahu menjawab panjang kerana dia tahu dia juga salah kerana mempersoalkan Allah. Dia sebagai hamba tak layak nak mempersoalkan tuannya.

“Sebenarnya pandangan kita sebagai manusia ni yang banyak silapnya. Pandangan kita terhadap adil tu yang silap. Sebab manusia ni, dia nampak adil tu dari segi kesenangan, kegembiraan tak termasuk kesusahan mahupun kedukaan.”
“Manusia ni, kengkadang ada satu masalah timpa diri dia, dah terus claim yang Allah tak adil. Allah jahat. Tak menyebelahi dirinya. Tak boleh lah macam tu kawan. Patutnya, bila masalah, ujian datang, kau kena bersyukur, redha, ikhlas, dan kuat untuk tempuhinya.”
“Sebab apa kena bersyukur? Sebab tak ramai yang Allah pilih untuk mengalami ujian macam kita hadapi. Bila Allah uji, boleh jadi Allah nak uji tahap keimanan kita. Boleh jadi Allah rindu nak dengar suara rintihan kita. Boleh jadi Allah nak hapuskan dosa-dosa kita yang lalu. Boleh jadi Allah nak selamatkan kita. Jadi, tang mana yang kau nak kata Allah tak adil? Bukankah Allah ciptakan kita untuk diuji siapakah di antara kita yang lebih baik amalannya?”
“Sebab tu aku cakap, kita kena banyak bersyukur, redha dan ikhlas, bila ujian datang. Tengoklah ujian dari sudut positif. Allah takkan uji seseorang hamba melainkan Dia tahu hambaNya mampu menanggungnya. Put your trust on Him. Hold tight to Him. Dia tak zalim. Cuba cari hikmahnya. Jangan tuduh melulu. Berdosa. Masuk api neraka tau.”, dalam ketegasan Haq menyatakan kebenaran, dia cuba untuk menyampaikan secara friendly supaya kawannya tak terasa hati bila dicakap.

“Yelah. Cuba kau tengok budak tu, batas ikhtilat tak jaga. Enjoy sana sini. Solat pun macam biskut. Bila nak solat, dia solat. Tapi, Allah bagi je nikmat kat dia. Melimpah ruah lagi tu. Aku ni. Macam ni je ha. Apo kono eh jang.”, jawab Ihsan sambil menunjukkan ke arah budak yang dimaksudkan. Dia masih lagi tak puas hati dengan ketidakadilan Allah dalam mengadili hambaNya.

“Sebab tu je ke sampai kau termenung jauh ke bintang, bulan, planet Pluto nih. Halia la kawan aku ni. Kang kalau aku gelak kau marah aku lak kan. Sebagai sahabat kau, aku mampu beri nasihat je lah ea. Kau pasang telinga bebesar. Bukak mata. Dan yang paling penting, bukak pintu hati kau tu seluas-luasnya.”,pinta Haq dengan nada rayuan.

“Baik murabbi! Saya yang menurut perintah. Saya mohon murabbi tunjukkanlah saya jalan.”, akhirnya Ihsan akur dan sudi untuk mendengar apa yang Haq ingin sampaikan dan nasihatkan padanya. Dia tahu Haq banyak mutiara nasihat yang sengaja disimpan tidak diberitahu umum. Malu katanya dahulu.

“Kalau kau perasan la kan, sebenarnya, nikmat kesenangan tu lah ujian yang paling susah sekali. Ya. Zahirnya, senang. Batinnya, susah. Kenapa kau rasa?” kali ni giliran Haq pula bertanya kepada Ihsan supaya Ihsan dapat berfikir dan membawa mindanya pandang dari sudut yang berbeza.

“Tak tahu la pulak aku. Ada zahir batin lak. Kau hengat hari raya ke hape?!”, sengaja Ihsan menjawab begitu kerana dia juga nak tahu apa jawapan Haq terhadap kenyataan yang diberikan. Dia juga ingin melihat sudut pandang Haq bagaimana.

“Takde lah raya. Saja je kau kan buat-buat tak tahu lak. Takpe. Maksud aku, zahir tu apa yang kita nampak. Batin tu apa yang tersirat, yang kita tak nampak. Macam aku cakap tadi ujian kesenagan paling susah sekali sebab masa senang ni la kita, manusia, selalu anggap yang kita ni tuan. Sedangkan kita ni sebenarnya hamba je. Nikmat yang diberi ni pun pinjaman je tau. Boleh jadi nikmat tu letaknya dalam akaun aset mahupun liabiliti. Ikut cara kita manage macam manalah. Kata student management accounting kan.”, hujah Haq tenang.

“Kau ni nak berfalsafah akaun pulak dengan aku. Tau la kau hebat. Tak payah la nak perli aku.”, belum sempat Haq ingin meneruskan penerangannya, Ihsan menyelit.

“Hoi! Cakap siang pepandang eh. Sejak bila pulak aku nak perli kau? Habaq mai sikit kat ceq. Aku nak bagitahu kau, supaya kau nampak. Ini kan bidang yang dekat dengan kita. Jadi aku nak kau applykan apa yang kau belajar bukan untuk dunia je tapi untuk akhirat sekali. Barulah mantop beb. Kau tengok, belajar akaun pun sebenarnya boleh dekatkan diri kita dengan Allah. Tak semestinya kena ambil jurusan agama je baru boleh dekatkan diri dengan Allah. Belajarlah apapun kerana semuanya ilmu Allah. Masih tak adil lagi ke Allah pada pandangan kau?”, dengan muka yang serious, Haq mempertahankan dirinya yang bukan bertujuan untuk memerli kawannya.

“Ok. Bereh boh. Macam mana nikmat tu boleh jadi aset atau liabiti?”, sambung Ihsan tidak mahu menegangkan lagkeadaan. Dia tahu yang Haq bukanlah orang yang suka merendah-rendahkan kawannya malah Haq lah insan yang banyak membantu dia dan bersama dengannya baik senang mahupun susah. Haq dah banyak membantu dan memberikan nasihat dan kata-kata semangat padanya sewaktu dia betul-betul down. Ihsan bersyukur kerana mendapat sahabat sebaik Haq. Tak mungkin ada yang dapat ganti tempatnya kelak kalau dia tiada.

“Ha. Ni aku nak cakap ni. Contoh nikmat yang akan menjadi aset, bila kau ada harta, kau sedekah kat parents kau ke, adik beradik kau ke, kengkawan kau ke, aku ke, kira sedekah kau tu akan masuk akaun aset la kat akhirat nanti. Macam hadis kata, ‘apabila matinya anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakan ibubapanya.’ Kat hadis tu sendiri, first-first dia cakap sedekah. Maknanya, Allah tahu, yang semua orang boleh dan mampu untuk memberikan sedekah. Jadi, bila nikmat kau adverse ke favourable ke, kau kena berusaha untuk bersedekah jugak. Sedekah ni pun ada banyak cara tak semestinya dengan wang ringgit. Kau jangan nak tengok dari satu sudut pandang je dan yang paling penting kau kena ikhlaslah semasa memberi sebagaimana kau ikhlas semasa menerima.”, ujar Haq dengan jelas dan bersungguh-sungguh kepada Ihsan.

“Liabiliti?”, soal Ihsan tak sabar ingin tahu.

“Liabiliti pulak bila kau gunakan nikmat kau tu kejalan yang salah la. Mu pahe dop?”, jawab Haq ringkas kerana tidak mahu mengusutkan kepala masing-masing.

“Betul jugak kan. Jadi apa kaitannya kau cakap semua ni kat aku?”, tanya Ihsan yang masih lagi kurang jelas dengan apa yang Haq cuba untuk sampaikan padanya.

“Tulah. Aku nak terangkan kat kau supaya kau nampak yang Allah tu adil. Adil Allah tu dengan caranya yang tersendiri. Kalau kau tengok orang senang, tapi, dia selalu lupa Allah, kau tahu tak yang sebenarnya dia tu sedang diuji Allah? Allah dah pernah cakap, ‘Maka, tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membuka semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka. Sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.’ Jadi, kau nak cakap apa sekarang? Allah tak adil lagikan?”, dalam keterangannya, Haq lebih suka bertanya soalan dihujungnya supaya dia tahu ada two-way conversations.

“Maksud yang kau nak cakapkan ni, kesenangan yang Allah bagi tu ada sebab. Allah nak uji sama ada dia bersyukur ataupun tak. Bila kita dikurniakan nikmat yang lebih baik berbanding dengan orang lain, Allah nak uji sama ada kita bolot semua atau kongsi bersama. Ringkasan yang kau cuba nak sampaikan kat aku ni, nikmat kesenangan tu ujian disebalik ujian. Ujian yang kita tak nampak yang sebenarnya itu juga ujian. Macam tu?”, duga Ihsan sambil mengerut-ngerutkan dahinya cuba berfikir rasional dan logiknya.

“Macam tu la lebih kurang. Kita ni manusia. Lemah. Siapa boleh jamin yang satu hari nanti orang yang kita dok mengata tak ingat Allah tu, akhirnya nanti Allah beri dia hidayah, boleh jadi dia lebih mulia daripada kita di sisi Allah tau. Jadi, aku nak tegur kau la ni. Sebelum kau nak cakap orang itu ini, kau kena sentiasa ulang-ulang ayat ni, ‘Kalau satu hari nanti Allah campakkan hidayah pada dia, boleh jadi dia lebih mulia di sisi Allah daripada aku’. Seriously. Bila kau cakap macam tu, automatically kau tak akan mengata yang tak elok dah kat orang lain. You will end up praying for him, mudah-mudahan Allah berikan dia hidayah. Betul. Tak tipu. Inilah cara yang aku selalu buat. Ini pun salah satu cara untuk elakkan kita rasa yang diri kita ni lebih mulia, lebih hebat, sedang hakikatnya kita ni sama je. Siapa dapat jamin, orang yang banyak beramal tu Allah suka? Boleh jadi Allah tak suka juga disebabkan amalan yang dilakukan untuk menunjuk bukan lillahita’ala.”, terang Haq memberikan pencerahan lagi.

“Ada betul jugak kau cakap kan. Macam Allah pernah cakap la, ‘barangsiapa yang bersyukur kepada Allah, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji’. Maknanya, jika kita bersyukur ataupun tak terhadap nikmat sekalipun ujian, ianya tidak menjadi hal pada Allah sebab Dia Maha Kaya, Dia takkan bertambah mahupun berkurang.”, sambung Ihsan yang sudah mula terbuka mindanya.

“Bingo! Finally, you got my point. Lagi satu yang kau kena ingat selalu, dengan hamba kita meminta dengan khalifah kita memberi. Dah. Jangan serabutkan kepala otak kau tu. Jangan sebab kau ditimpa seciput kesusahan, kau persoalkan Allah tu tak adil. Allah tak sayang kau. Bla bla bla. Aku tak nak dengar dah lagi lepas ni. Kesusahan tu sebenarnya Allah nak kita belajar sesuatu daripadanya. Trust me, bila kita susah, kita lebih senang dapat rasa apa yang orang lain tak dapat rasa. Kita akan lebih rasa keyakinan yang Allah bersama kita. Bila Allah uji, Allah kata, ‘biarlah hambaKu itu, aku rindu nak mendengar suara rintihannya’. Rintihlah padaNya. Kita ni, manusia. Lumrah manusia selalu ingat, bila susah. Bila dah jatuh berdarah, baru nak ingat Allah kan.”, tambah Haq bagi merungkai masalah yang membelenggu fikiran sahabatnya sedari tadi dan juga sebagai peringat untuk dirinya sendiri agar Allah sentiasa berada dihatinya setiap masa.

“Thanks sahabat. Kau ni nampak je stylo mylo, tapi bila hujah agama, hebat jugak kau ni kan. Macam ustaz ustazah lak. Terima kasih sebab sedarkan aku ni.”, kata Ihsan dengan nada syukur dan berterima kasih dengan kehadiran Haq disisinya.

“Tade apa la tu. Kata sahabat kan. So, kat sini pun kau dapat pelajari satu lagi pengajaran, don’t judge book by its cover. Go read them and you’ll know their story behind.”, sempat lagi Haq memberikan Ihsan nasihat.

“Baikkkk.”, jawab Ihsan akur dan rela sambil tersenyum.

“Baguslah. Ni, kau sibuk benor urusan Allah, pertikaikan Allah tu adil ke tak, kau tu dah adilkan hak Allah belum?”, Haq cuba mengajukan lagi soalan yang menduga minda Ihsan supaya dia berfikir dengan lebih terbuka.

“Apa dia?”, jujur Ihsan menjawab bagaikan orang yang tidak bersalah.

“Jam punya la gedabak beso. Tak nampak ke buat-buat tak nampak kau ni? Pukul dua setengah dah dik oii. Dah solat ke belum? Nak dekat sejam lebih jugak aku bagi ceramah free kat kau ni. Solat jangan lupa. Tu kan hadiah isra’ mikraj Allah untuk kita. Maka, Allah yang tak adil atau sebenarnya kita, manusia yang lemah ni, tak adil dengan Allah? Tepuk hati, tanya iman. Kau jawab sendiri. Jangan lengahkan solat. Jom jemaah sama. Kau imam. Take it no leave it.”, masih sempat lagi Haq memberikan nasihat kepada Ihsan.

Mereka berdua pun beredar dari tempat duduk masing-masing dan menapak bersama mengambil wudhu’ untuk menunaikan solat fardhu zuhur berjemaah dengan diimamkan Ihsan. Hati Ihsan kembali tenang dan dia sudah mampu mengukir senyuman lebar setelah dapat bertukar pendapat dengan Haq. Ihsan benar-benar gembira dengan kehadiran Haq yang umpama cahaya menerangi dirinya. Benar, Haq telah banyak mengubah dirinya menjadi insan yang lebih baik. Mudah-mudahan, kita dipelihara oleh Allah sebagaimana Allah memelihara orang-orang yang soleh. Itulah doa Ihsan setiap hari untuk sahabatnya itu.

~o0o~ TAMAT ~o0o~


Janganlah kamu risau dengan amalan yang sedikit, tetapi, risaulah apakah amalan itu diterima Allah.
Saidina Ali RA

Wallahu a'lam.

***

Cubaan cerpen yang pertama
Pasti terselit kekurangannya
Mohon maaf jika ada yang tak kena
Kerana aku masih lagi mencuba.
NW

Wassalam,
NW

Saturday, 13 July 2013

Worries End When Faith Begins














When words fail you, say it with pictures.

***

How can you claim that you are improving when you are not able to compete with others?
NW

Kumengharapkan kejayaan
Menanti dihadapan
Namun hakikat belum nyata
Harus berusaha.

Suatu hari nanti
Pastiku kan berjaya
Akan kubuktikan
Padamu ayahbonda
Disitu kita lihat
Kebenaran hakikat
Impian jadi nyata
Kata tetap dikota.

Bukan khayalan
Dan bukan lakonan
Tetapi itulah kenyataan
Kerana cita diiringi doa
Kita pasti akan berjaya.
Azam yang Suci

Doakan saya berjaya menamatkan pengajian CIMA, CGMA pada tahun 2014 dengan cemerlang dan jayanya. InsyaAllah. Aminnn ya Rabb.

The achievement of one goal should be the starting point of another.

Wassalam,
NW

Iman & Ujian

Iman itu diuji
Iman itu bahagia
Iman itu bahagia apabila diuji
Bersedialah untuk diuji
Dengan setia menambah iman.

Dengan iman kita diuji
Dengan ujian kita menambah iman.

Orang yang bahagia tak sempat bertanya
"Apakah aku sudah bahagia?"
Kerana terlalu sibuk menghadapi ujian.

Mereka hanya sempat bertanya
"Apakah aku sudah beriman?"
"Adakah aku beriman?"


Wallahu a'lam.

Saturday, 29 June 2013

For The Win

"Your worst enemy is yourself."








"The heart is the only broken instrument that works."

FTW, prove it!

***

Jika kita katakan kejayaan itu kepada keadaan Nabi Ismail AS yang tidak jadi disembelih oleh ayahnya Nabi Ibrahim AS dengan digantikan dengan seekor kibasy,

Apakah Nabi Zakaria AS yang syahid dan terbelah dua kerana digergaji oleh musuh Allah SWT itu tidak berjaya?

Apakah Sumayyah yang mati ditusuk oleh kafir Quraisy itu tidak berjaya?

Pahrol Mohd Juoi

Wallahu a'lam.

Friday, 21 June 2013

Senandung Cinta Al-Fatihah









***

Alhamdulillah. Baru sebentar tadi kita luangkan masa bersama membaca Surah al-Fatihah.

***

Sebelum kita pergi lebih mendalam, jom kita recall balik tatabahasa (Kata Ganti Nama Diri, KGND) semasa belajar di sekolah dahulu untuk lebih kefahaman :

KGND 1 : Saya, Aku, Kami, Kita

KGND 2 : Awak, Engkau, Kamu, Anda, Kalian

KGND 3 : Dia, Ia, Beliau, Nya, Mereka

***

Kenapa saya recall balik tatabahasa masa sekolah dahulu?

Tujuannya adalah untuk dikongsikan bersama berkenaan ayat yang ke-5 dalam surah al-Fatihah, iaitu :

"Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'iin"

"Hanya kepadaMu kami sembah dan hanya kepadaMu kami meminta pertolongan."

***

Kadang-kala, dalam al-Quran, digunakanNya, "Ana - Aku".
Kadang-kala, digunakanNya, "Nahnu - Kami".
Kadang-kala, digunakanNya, "Hua - Dia".

Sebenarnya, "Ana, Nahnu, Hua - Aku, Kami, Dia", yang digunakan dalam al-Quran adalah untuk menunjukkan kekuasaan Allah, keagungan ayat-ayat al-Quran.

Penggunaan setiap perkataan didalamnya ada makna, maksud, dan kegunaan yang tersendiri.

***

Cuba ulang baca ayat yang ke-5 tadi berserta dengan maksudnya sekali.
Dan cuba berfikir, kenapa atau soalan yang lebih tepat ialah apakah hikmahnya digunakan

"Iyyaka... - Hanya kepadaMu (Engkau)"

bukannya

"Iyyahu... - Hanya kepadaNya (Dia)" ?

***

Hikmahnya adalah kerana :

"Iyyaka... - Hanya kepadaMu"
Allah SWT mahu kita rasa dekat denganNya.

Berbeza jikalau Allah SWT gunakan :

"Iyyahu... - Hanya kepadaNya"
Bukankah akan membuatkan kita rasa jauh denganNya?

*Ulang baca ayat tersebut dengan maknanya.*
*InsyaAllah, mudah-mudahan akan dapat pencerahannya.*

***

Jika masih kurang jelas, maka, izinkan saya untuk mengambil contoh mudah yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Lihat, rasa, fikir, dan kemudian cuba kaitkannya dengan ayat tadi (1 : 5).

Cuba kita bezakan ayat di bawah ini :

1) Aku mencintaimu, suami/isteri/sahabat-ku, kerana Allah.
2) Aku mencintai dia, suami/isteri/sahabat-ku, kerana Allah.

Dua ayat yang maksudnya sama, cuma rasa/penjiwaan(aura)nya berbeza.

Bukankah, "kamu" itu lebih dekat daripada "dia"?

***

Begitulah indahnya ayat-ayat cinta yang Allah SWT wahyukan, 

"Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'iin"

"Hanya kepadaMu kami sembah dan hanya kepadaMu kami meminta pertolongan."

Kerana sesungguhnya, penggunaan

"Iyyaka ... - Hanya kepadaMu"

akan membuatkan kita rasa lebih dekat dengan Allah SWT.

Wallahu a'lam.


Aneh, kadang-kala "Kau" gunakan "Aku".
Kadang-kala "Kau" gunakan "Kami".
Aku amat daif, tidak mudah menegerti akan maksudnya.
Namun, kemudiannya aku dikejutkan oleh kilatan ilmu.
Terkesima sebentar, mengapa selama ini aku tegar melupakan.
"Kau"lah "Aku" dan "Kau" jualah "Kami".
Kau, Aku dan Kami dalam Kurniaan Rezeki, Nota Hati Seorang Lelaki; Pahrol Mohd Juoi


Nota Kaki :
Entry ini asalnya ialah perkongsian dari sahabat untuk sahabat-sahabat.
Mudah-mudahan selepas ini kita dapat meningkatkan penjiwaan kita dalam pembacaan Surah Al-Fatihah semasa solat mahupun luar solat agar pembacaan itu datang bersama-sama rohani.

Maaf jika entry kali ini macam huru-hara.
Saya cuba meringkaskan dan menerangkan sebaik yang mungkin.
Sebarang kekurangan datang dari diri saya sendiri dan segala kelebihan datang dari Allah SWT jua.

Harap para pembaca yang lebih arif dan ahlinya dalam bidang ini dapat membetulkan kesalahan yang saya sampaikan dan berkongsi ilmu kerana saya juga masih dalam proses pembelajaran.

Terima kasih.


Wallahu a'lam.

Wassalam,
NW

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...