Dulu esakkannya sandar dibahuku
Tangisannya kini kuserah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu.
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya.
###
"Amboiii. Semangatnya nyanyi lagu 'Saat Lafaz Sakinah' tu. Dah nak kahwin dah ke?"
"InsyaAllah, lepas habis belajar ni. Dapatlah kahwin. Awak doakan la saya."
"Owh. Berita gembira ni. InsyaAllah, saya doakan awak."
"Amboiii, cik kak. Tahu lah dah nak kahwin. Senyum sampai ke telinga. Udah-udah le tu."
"Saya jadi excited bila dengar orang cakap bab-bab kahwin ni."
"Ye. Tahu awak excited. Tapi, bersederhana je dah lah. Kan lebih baik?"
"Okay. Bereh boh!"
"Kenapa awak excited sangat ea bila dengar orang nak nikah ni?"
"Entahlah. Sebab saya pun nak bernikah dah kot."
"Jawapan beras jenama bernas."
"Ye. Tahu awak perli saya. Tapi, saya taktahu lah. Memang mood excited tu datang sendiri. Mungkin sebab saya tengok kehidupan selepas berkahwin tu seronok kot. Ada teman. Dapat baby. Kalau kita merajuk, ada orang pujuk. Kalau ..."
"Amboiii. Dah. Stop it. Jauh benor fikirnya. How can you claim that all taken are happy?"
"Haritu saya ada jumpa sorang kakak ni kat shopping mall. Interview lah dia kejap. Guane perasaan bila dah nikah. Dia kata okay. Seronok. Tenang. Ha. Sebab tu la saya pun suka."
"Then, awak nak cakap yang awak hidup bersama dengan keluarga awak sekarang ni tak tenang? Tak bahagia? Macam tu?"
"Itu keluarga. Lain. Ini orang luar. Lain. Tiada hubungan darah."
"Okay. Pernah tak awak fikir kalau perkahwinan yang awak rancang tetiba tak jadi? Contoh, pasangan awak cari lain ke? Atau bila dah kahwin, dia pasang spare tyre ke? Ataupun, sebelum awak diijab qabulkan, ajal pasangan awak sampai dulu ke? Apa yang akan terjadi pada awak nanti? Pernah tak fikir?"
"Eh. Awak ni, jangan la cakap macam tu. Jangan la fikir yang negative. Saja je nak buat saya sedih kan."
"Tak. Saya bukan nak suruh awak fikir yang negative. Saya bukan nak suruh awak sedih. Saya cuma nak awak jangan terlalu excited. Dan jangan terlalu bergantung pada seseorang lebih-lebih. Bersederhana. Itu yang terbaik. Saya tak nak kalau apa-apa jadi kat awak nanti, awak sedih, kecewa. You will be affected emotionally, mentally and physically. And it is not good for you. So, you have to be ready on future that might come. Macam yang kita belajar, setiap sesuatu plan or budget that we have made have their own risks and uncertainties. And we have learnt how to deal with them, right? Apply it in your daily life, dear."
"Baikkk. Awak ni buat luntur mood saya je."
"Okay. I knew. It's my bad. Sorry. I didn't mean to. I just thought for any consequences that may come. We won't know. But, we must pray for the best. And hold on to Him for Him is the best planner."
"Ye. Saya maafkan awak."
"Terima kasih. And thousand apology from me."
"Kalau saya cakap yang awak dah bernikah. Will you trust me?"
"Tak. Sebab saya dah khabar tadi kan, saya nikah lepas habis belajar ni. Macam mana pulak boleh jadi saya dah bernikah? Memandai je awak."
"Iya. Tahu. Saya ingat. Awak nikah lepas habis belajar. Tapi, yang ni betul-betul punya. Awak dah bernikah! Sungguh!"
"Yeke? Guane tu?"
"Sebenarnya setiap dari kita dah pun bernikah sejak dari sebelum lahir lagi. Cuma kita sedar ataupun tak je. Lafaz sakinah kita diijabkan Allah dengan kalimah 'kun fayakun'. Diqabulkan Muhammad SAW pula dengan lafaz 'lailaha ilallah'. Mahar kita adalah solat lima waktu. Pelamin kita adalah dunia. Pengapit kita adalah al-Quran dan as-Sunnah. Rumah kita adalah JannahNya. Indah kan pernikahan kita?"
"Indah. Saya pun tak pernah terfikir."
"Barangsiapa yang sudah merasai kemanisan pernikahan ini, nescaya dia pasti tidak akan ada rasa nak bernikah lagi."
"Macam kisah Rabiatul Adawiyyah RA. Betapa ramai jejaka yang masuk meminangnya. Tetapi, semuanya ditolak meskipun orang tersebut ialah ulama' yang 'alim, zuhud, berharta, baik."
"Rabiatul Adawiyyah RA pernah menyatakan bahawa dia akan bernikah sekiranya mereka yang mahu menikahinya itu mampu mencari jalan bagi mengeluarkan, menyelamatkan dan mengubatinya daripada tiga kerisauan dan dukacita yang dihadapi."
"Pertama, saat malaikat maut mencabut nyawanya, apakah mereka dapat menjamin dirinya dapat menghadap Allah dengan keimanan yang sempurna?"
"Kedua, sejurus berada di padang Mahsyar, dapatkah mereka dapat memastikan dirinya menerima buku amalan sepanjang kehidupan dengan tangan kanan?"
"Ketiga, selepas hisab di padang Mahsyar, golongan yang soleh akan dimasukkan kedalam Syurga. Manakala golongan yang kufur dihumban kedalam neraka. Apakah mereka dapat menjamin dirinya berada di Syurga?"
"Maka, siapa lagi yang dapat memberi jaminan?"
"Allah."
"Begitulah teguhnya pendirian Rabiatul Adawiyyah RA. Hidupnya sentiasa dihiasi rasa takut akan hal-hal akhirat. Menurutnya, apakah perlunya lagi suami, kerana bersuami itu akan menghadkan masanya bersama Allah. Itulah kerugian yang tak dapat dia leburkan. Rabiatul Adawiyyah RA, rasa cinta dan rindunya kepada Allah beratus kali ganda lebih hebat daripada kita."
"SubhanAllah.",
"Tapi, dia kan wali Allah. Kita ni biasa-biasa je."
"Ye. Sebab kita ni biasa-biasa la kena jadi luar biasa."
"Saya beri contoh Rabiatul Adawiyyah RA sebab nak tunjukkan kat awak betapa seluruh hidupnya diletakkan hanya pada Allah. Tiada lelaki lain. Tak pernah ada hasrat pun ingin bernikah. Tak macam awak. Bila orang sebut bab nikah, excitednya kemain lagi."
"Jadi, masih ada lagi simpan keinginan nak bernikah?"
"Entahlah."
"Nikah je la. Nabi SAW pun bernikah. Dan baginda suka melihat umatnya yang ramai. Jadi, bila dah bernikah, kena la letakkan strategy. Kena pilih landasan yang betul. Kukuhkan tapak. Barulah utuh pembinaan kita."
"Landasan dan tapak yang macam mana?"
"Kena la berlandasakan al-Quran dan as-Sunnah. Kena ada matlamat untuk membantu antara satu sama lain. Nak jadi baik sama-sama. Jaga hubungan sama-sama. Awak kena ingat, bila awak dah nikah nanti, tanamkan dalam hati awak tu, bahawa awak kena menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan. A woman dreams for a perfect husband. A man dreams for a perfect wife. But they don't realize that, Allah created them to complete each other."
"Bila ada salah sorang buat salah, tegur la yang sebetulnya. Sama-sama nak jadi baik kan? Yang penting, sama-sama sudi untuk ditegur dan menegur. When something was broken, don't throw it away. But, repair it."
"Sayangilah hubungan yang terbina. Lumrah hidup manusia kan. Ada masa bangun dan ada masa jatuh. Pasti akan ada satu masa konflik yang mungkin kita tak dapat nak tanggung. Masa tu doa banyak-banyak pada Allah. Mohon, berikan kekuatan, petunjuk. Dan yang paling penting, jangan pernah buat keputusan dan mengeluarkan kata-kata yang menyinggung hati dan perasaan orang lain. Ingat balik, masa mula-mula perkenalan. Ingat kembali, memori dan kenangan. Lets make one point that we meet each other with a smile when it is difficult to smile. Smile at each other, make time for each other in your family. Lets always meet each other with smile for the smile is the beginning of love."
"Islam itu indah kan. Indahnya ia bermula dari diri sendiri, kemudian keluarga, masyarakat, dan barulah negara. Nampak tak betapa pentingnya institusi kekeluargaan tu? Besar tanggungjawabnya. Love begins at home, and it is not how much we do. But, how much love we put in that action. Go home and love your family!"
"Ni lagi satu, banyak orang nak dapat anak yang ramai. Bagus. Tak salah pun ada niat macam tu. Yang penting, kenalah tahu cara nak mendidik anak. Kalau anak ramai, semuanya jadi manusia, Alhamdulillah. Tapi, kalau anak ramai, perangai semua macam hantu, Nauzubillah. Maka, didiklah anak, dan binalah rumah tangga dengan asas Nur Muhammad barulah mendapat Nur Allah. Spread the love of Allah through your life but only use word when it is necessary.",
"Wah! Panjang awak punya ulasan. Macam dah berpengalaman je. InsyaAllah, saya cuba. Terima kasih atas peringatan dan nasihat. Akan kupahatkannya utuh di hati."
"Baguslah macam tu. Jangan lupa, kenang daku dalam doamu!"
###
Di akhir percakapan, aku bermonolog sendirian, "Perlu ke untuk aku bernikah? Mampukah aku untuk menjadi seperti Rabiatul Adawiyyah RA pada zaman sekarang ni? Allahu. Aku serahkan saja urusan itu padaMu. Aku berikan hatiku kepadaMu. Peganglah ia erat dan bimbinglah aku. Buat masa sekarang ini, biarlah namaMu dalam hatiku."
p/s:
Dialog aku & anis. **Bila diingat balik, oh, betapa inteleknya perbincangan kita anis! HAHA**
Dibiar tersimpan dalam draft sekian lama.
Dipublish sebab baru dapat jumpa dia haritu.
Ditulis sempena kawan baik nak bernikah.
Alhamdulillah! Sekarang, sudah selamat diijabqabulkan (Anis & Cikgu Fauzi, 131213).
Barakallahufikum.
***
Seorang guru berkongsi kata-kata seorang soleh:
"Sekiranya engkau di posisi seorang yang dinasihati,
Maka, terimalah
Meski, bentuk apapun engkau diberikan nasihat."
"Sekiranya engaku di posisi yang menasihati,
Maka, berilah nasihat dengan sebaik-baik cara."

~o0o TAMAT o0o~

Wassalam,
NW